Malam nie malam pertama Ramadan tahun 2013. Seperti tahun-tahun sudah, bonda Cik Iman mesti pergi ke masjid favourite dia. Letih tak letih, kena pegi jugak. Macam biasa, solat sunat tarawikh 8 rakaat dan ada tazkirah pastu makanan disediakan pada penghujung acara.
Yang buat Cik Iman rasa macam ada something tu bila makanan yang disediakan adalah cokodok dan sos cili. Kenapa Cik Iman tak leh berenti fikir pasal cokodok malam nie? Sebab pagi tadi, Cik Iman dan Cik Abang a.k.a suami tersayang pergi ke hospital nak check kesihatan sume. Dah siap jumpa doktor, amik ubat sume, kitorang pegi makan. Ada la kitorang pegi kat satu kedai makan nie kan, kebetulan kitorang nak diet (kononnya la kan) Cik Abang tak bagi makan cucur udang yang dihidangkan, banyak lemak hasil gorengan. Cik Iman pasrah je la kan, suami punya pasal. Masalahnya, Cik Abang pilih tempat duduk dekat dengan tempat akak tu goreng cucur udang. Adoi la dugaan sungguh menelan air liur masa tu.
Tadi, selepas sembahyang tarawikh, tazkirah sume, ada pulak dia hidang cokodok. Dah la banyak, free la tu. Of course la tak segaring macam cucur udang tu, dok goreng depan pelanggan tapi Ya Allah, rasa macam Allah sayang sangat kat Cik Iman (Entah hapa-hapa entah Cik Iman korang nie ahaks) sebab demi suami, sanggup tak makan cucur udang tu tapi dapat cokodok free kat masjid.
Jangan dia tanya sama ada Cik Iman makan ke tak cokodok tu sudah. Memang kantoi la diet nie haha.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?