Sunday, November 10, 2013

Menjahit

Sempena dengan gambar reben warna-warni sebagai background blog Cik Iman nie, of course la ada kaitan dengan tajuk di atas, kan kan kan.

Menjahit, Cik Iman mengaku, tak pernah Cik Iman minat nak belajar masa muda dulu, masa arwah Abah hidup dulu. Dia time dia ada, lagi hebat menjahit dari Umi. Jangan tak tau. Tapi, of course, dia menjahit sekadar nak tutup koyakan wajip la, tak de la sampai nak buat baju kurung atau baju melayu dari kain 4 meter beli dari kain. Tu lain la.

Selepas Cik Iman belajar buat baju kurung tahun lepas (post mengenai 2 hari bersejarah tersebut ada di sini ye~), baru terbuka hati Cik Iman mengenai kerja menjahit. Nak jadikan hobi, mungkin tak de la, tapi minat tu dah ada.

Bukan Cik Iman tak pernah menjahit sebelum nie, cuma selalu lupa macam mana nak guna mesin jahit. Guna sekali, esok dah lupa dah. Dulu, ada sekali Cik Iman jahit sarung bantal sendiri untuk kegunaan rumah, dan alhamdullillah, masa ada lagi sarung bantal tu. Jadi kenang-kenangan ye tak.

Sekarang nie, ada masa terlapang, ada la beberapa arts and crafts yang melibatkan menjahit (tapi pakai tangan je hehe) yang Cik Iman dah buat. Sekadar menghibur hati kot, kalau dah start tension, mesti cari benda lain nak palingkan perhatian, ye tak. Baru semalam Cik Iman jahit langsir berdesign simple straight untuk Rumah Kajang Abah. Simple pun simple lah, janji ada langsir.

Insya-Allah, ada masa, Cik Iman nak cuba balik menjahit baju kurung. Ilmu ada tapi tak amalkan, membazir je. Dan mungkin pas tu nak belajar pulak belajar jahit jubah ke, buat sendiri baju anak ke (untuk anak Cik Iman kalau diberi rezeki la kan~). Kalau skill dah tajam, mungkin boleh pertimbangkan buat jual-jual pulak, nak tambah pendapatan keluarga.

Macam-macam boleh buat kalau kita bijak mengatur perancangan :')

p.s: Saje masalah Cik Iman. Macam mana nak tau berapa kain cukup untuk jahit baju. Ades.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...