Cakap pasal ayam, ada satu brand yang terlintas di benak memori Cik Iman. Ayamas. Alah, kalau kat bahagian frozen food kat supermarker, sure nampak nugget Ayamas, bebola ayam Ayamas, macam-macam ada kan. Tapi adakah ramai yang tahu Ayamas yang macam mana yang terlintas di minda Cik Iman sekarang?
Apalagi, ayam percik Ayamas le. Dulu time arwah Abah ada lagi, masa kitorang kecik-kecik dulu, still dok JB, adik-adik semua belajar kat asrama. So setiap minggu kitorang melawat depa dan gi makan Ayamas kat Micro (supermarket borong time tu, skang dah jadi Tesco), so Abah mesti beli set ayam dan nasi (ataupun nasi tu masuk dulu kat umah, nak jimat duit) dan makan kat kantin asrama diorang. Kat kedai Ayamas tu, selain ayam percik, dia jual hot dog sekali, kadang-kadang tu, kalau terlampau lapar sangat, dok buat muka manja (Cik Iman la tu) kat Abah mintak belikan ataupun mintak duit dari dia terus ngengenge
Kali terakhir Cik Iman tengok tempat tu, dah tak de dah, dah jadi full Tesco. Sedih ae. Kenangan banyak kat sana bersama Abah. Tapi Ayamas banyak cawangannya, cuma mungkin tak sepopular McDonald atau KFC la kan.
Paling last Cik Iman makan ayam percik Ayamas tahun lepas kot? Tak berapa ingat. Suami mak sedara meninggal dan bonda gi beli Ayamas banyak-banyak nak tampung tetamu yang ramai datang. Time orang mati, kita gi makan lak, serious memang kelakar tapi nak buat macam mana, kalau nak angkat jenazah, nak bawak gi kubur, sure kena pakai tenaga kan? So makan je la. Entah berapa kali entah Cik Iman tambah ayam. Tak de masa nak malu-malu, kitorang ada kat rumah tu dari pagi sampai petang kot, mana tak penat.
Nanti bila kereta Bonda dah siap repair (accident punya pasal), Cik Iman nak gi cari ayam percik Ayamas. Geram sesangat :( Selalu makan McDonald dengan KFC, tapi punya payahnya nak cari Ayamas. Tak patut la. Kadang-kadang muak gak gi McD dengan KFC (kecuali bila McD keluarkan GCB, abis la Cik Iman hahahaha). Cik Iman suka rasa manis-manis dalam ayam Cik Iman. Ayam percik tu sangat kena dengan selera Cik Iman berbanding yang digoreng pedas atau original kat fast food restaurant.
Serious mengidam Ayamas sekarang nie huhu sedihnya.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?