Monday, January 13, 2014

Baby baby baby ooohhh like baby baby baby nooooo

Asal tetiba Cik Iman menyepi lak awal tahun 2014 nie. Tak de pulak nak ucap selamat tahun baru ke apa. Sedihnya pembaca (eceh poyo sendiri) Mula-mula sekali Cik Iman nak ucapkan selamat tahun baru 2014, moga tahun nie lebih baik dari tahun lepas. Dah lepas stage "eh rasa macam baru je semalam tahun 2013" padahal memang semalam pun 2013, bengong la budak-budak nie buat lawak klasik tiap-tiap tahun. Naik bosan sudah Cik Iman. 

Haa tu apasal lak tajuk kuar lagu Justin Bieber tak pepahal, Cik Iman mimpi apa lak dok nyanyi lagu tu. Bukan ke Cik Iman benci Justin Bieber? Rilek, rilek, Cik Iman tetap setia membenci Justin Bieber tapi entah kenapa lagu macam sesuai lak dengan topik yang Cik Iman nak cakap dalam post kali nie (ayat skema keluar dah ha)

Al-kisah (perhatikan berapa kali Cik Iman dok ulang perkataan nie dalam setiap entry wakakaka), Cik Iman mengandung. Surprise tak, surprise tak. Alo, surprise la. Buat-buat terkejut. Ngek ngek ngek. 

Mengada la Cik Iman. So apa citernya. Cik Iman syak ada yang tak kena dalam bulan November atau Disember tahun lepas bila perut dok meragam tengah-tengah malam, awal-awal pagi. Kadang-kadang tu terbangun tengah malam sebab nak termuntah. Entah berapa banyak pregnancy test buat, tapi tak de pulak dia cakap Cik Iman pregnant. Loya, mual jadi teruk dalam awal bulan Disember so Cik Iman buat la lagi pregnancy test, terkejut beruk bila Cik Iman tengok positif, masa nie hari Jumaat. Cik Iman tak caya so Cik Iman tunggu minggu seterusnya untuk test lagi, kot-kot Cik Iman salah guna test tu ke, mana tau la kan. 

Minggu depannya, 3 test Cik Iman buat. Nak jadikan citer, semua positif. Ah sudah. Mimpi ke Cik Iman nie.  Kot-kot Cik Iman tak bangun lagi dari mimpi ke hapa, Cik Iman pi picit pipi Cik Iman. Sakit je. Ada lagi test positif tu kat depan mata. So Cik Iman pun pegi la panggil adik pompuan Cik Iman sorang tu, kebetulan dia cuti semester. Suh dia tengok betul ke apa yang Cik Iman tengok. Dia pun terlopong depan test tu sambil berkata "OH MY GOD". Berita baik untuk kau, adik oi, Hang dah jadi mak sedara wekeke.



Jenama pregnancy test tak penting pun sebenarnya, tapi sebab was-was, gi beli yang mahal Clearblue nie, yang digital punya haha. Entah, diorang cakap jenama nie accurate, tapi tak semestinya yang murah-murah tu tak leh detect. Okay je. Cik Iman test yang murah-murah tu pun positif gak so buat bazir duit je beli mahal-mahal nie adei. 

So Cik Iman pun pegi la gi check kat hospital. Nak gelaknya, dia suh buat urine gak. Arom. Penat nak kuarkan air kencing nie pagi petang malam sebab dah guna untuk home pregnancy test, baik tak payah buat langsung gini adeh. Keluar gak positif. Doktor suh gi buat buku mengandung. So mula la rutin Cik Iman setiap bulan gi check up ibu-ibu mengandung. Nie masa menaip nie, dah kali ke-dua Cik Iman gi check up. 

Yang nak lawaknya, disebabkan Cik Iman ada kitaran haid tak teratur, Cik Iman tak rekod bila kali terakhir haid datang so susah le doktor nak agak usia kandungan. Hanya leh agak dari saiz baby je. Masa mula-mula check, dia kata 5 minggu, check up seterusnya doktor cakap 9 minggu tapi nurse cakap 8 minggu. Hahaha tensionnya Cik Iman kalau gini. 



Bulan pertama dengan bulan kedua mengandung, loya teruk. Kebanyakan makanan yang Cik Iman suka makan dulu, Cik Iman dah tak tahan dengan baunya. Tension la jadi mak orang nie. Ada gak time rasa lapar sangat tapi at the same time rasa nak muntah. Seksa weh, tapi bila kita ingat Allah nak hapuskan dosa dan tambahkan pahala kita dengan menghadapi dugaan mengandung, melahirkan dan menjaga anak, Cik Iman pun "Sabo je la". 

Kadang-kadang tu mengidam teruk (tak de la nak makan besi ke, kayu ke, tak de la). Bila nampak pizza, nak makan pizza. Nampak roti dari bakery, nak gak yang tu. Nampak chicken chop, nak sangat. Nampak sushi, lagi la terliur. Tapi nak menghabiskan makanan, punya la payah. Dulu kemain nasik satu pinggan penuh lauk leh habis licin, sampai kawan buat lawak pinggan tu tak yah basuh dah, memang licin kebabeng (sape la kawan tu ekeke). Tapi skang, seksanya setiap suapan sudu tu disebabkan loya, tak tahan bau dan rasa masin yang terasa macam terlebih letak garam (padahal diorang letak sikit je garam pun). Jadi sensitif lak skang. 



Ibunda lak dah tak sabar nak jadi nenek. Uik. Sebelum nie anak-anak jiran yang main kat luar tak pernah dia perasan tapi sekarang, tiap kali kuar, dia dok ketawa tengok gelagat anak-anak jiran main kat depan rumah, siap selitkan citer time adik-beradik kitorang dulu macam mana. Jangan mimpi nak bagi nama kat anak, dia dah cop nama dulu. Sabo je la~

Kebetulan lak time Cik Iman menaip nie, heboh citer harga kangkung turun. Dalam banyak-banyak sayur, sayur yang senang nak dapat tu la yang turun harga ades. Nak-nak dengan keadaan ekonomi pas harga minyak naik nie, aish. Nak suh Cik Iman makan banyak kangkung la tu kan. Tak leh nak pekena chicken chop, sedihnya. 

Oh ye, lupa lak, due date dah confirm. Get ready to be mak angkat, pak angkat, pak cik, mak cik, datuk, nenek dan jiran tak bertauliah by August 14th, tahun 2014 yeah baby.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...