Berjaya jugak lepasi satu hari puasa. Cewah Cik Iman, baru satu hari. Lagi 29 hari nak harung nieh. Tu pun tak tau la kot-kot budak nie meletup dulu sebelum raya, ah sudah. Sabo je la~
Masa bangun sahur tadi, bacaan gula 4.2. Dalam otak Cik Iman dok pike, apakehal rendah terlampau nie, rasanya satu tin biskut Jacob Cik Iman pelahap malam semalam, takkan bacaan rendah gini. Macam mana Cik Iman tak koma, tak tau la. Allah sayangkan lagi kot Cik Iman nie, alhamdullillah. Nak bagi panjang umo tengok anak pertama ye tak. Time sahur, Cik Iman ikut apa yang nurse ajar. Dos insulin yang Cik Iman biasa amik setiap pagi, amik separuh je. Dan Cik Iman sengaja lebihkan karbohidrat, a.k.a nasi, nak tengok effect dia leh tahan tak sampai tengah hari. Tapi sepupu hidangkan tembikai la pulak pagi tu. Memang melantak tak ingat dunia, dah la tembikai tu yang paling banyak gula kalau amik banyak. Dugaan, dugaan. Diabetes dugaan, puasa pun dugaan.
Tengah hari tu, check bacaan gula lagi. 5.2. Uish, rasanya dah makan banyak dah sahur tadi. Bacaan memang la normal tapi time puasa nie, agak bahaya sikit sebab leh jatuh mendadak. 3.8 dengan 5.2 tu zon berjaga-jaga la tu. Check lagi, jadi 4.9 pulak. Ah sudah. Sebelum bukak puasa tadi, bacaan naik jadi 5.1. Apo kono eh jang. Time bukak puasa tadi memang menggeletar. Nak amik nasi letak dalam pinggan pun macam nak jatuh.
Tapi Cik Iman gagahkan jugak diri ini untuk berpuasa. Selagi anak nie belum kuar, dan masih ada sisa-sisa kudrat yang entah kat mana, selagi tu la nak puasa. Biaq pi doktor tu. Anak dalam kandungan tendang elok ja setakat nieh. Cuma mungkin kena tipu sunat la dengan doktor tu, konon tak puasa. Kang kena lecture lak tak pepasal, ekekeke.
Maafkanlah daku ya Allah, terpaksa tipu doktor tu.
Note: (Untuk yang tak paham bacaan gula nie menunjukkan apa)
3.8 mmol/l dan ke bawah: Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
Simptom: Menggeletar, lapar, peluh, pening, pitam, pengsan
4 mmol/l hingga 7 mmol/l : Paras gula normal
8 mmol/l dan ke atas: Hyperglycemia (terlebih gula dalam darah)
Simptom: Selalu minum air, lapar, selalu gi tandas
Kalau kat America dan beberapa negara lain, dia pakai mg/dl. Senang je nak convert kepada mg/dl. Kalau bacaan kita 5.2 mmol/l, contohnya, darab dengan 18. So bacaan dalam mg/dl adalah 94.
Kalau terlebih atau terkurang gula yang melampau, koma la jadinya. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?