Bukan taubat sebab Ramadhan ke hapa, taubat tak nak dah tipu doktor dengan nurse yang kita tak puasa, padahal kita puasa gak. Sekejap je Allah bagi balasan sakit diabetes nie. Dah la mengandung, diabetesnya dah terumbang ambing.
Tu la, doktor dah cakap jangan puasa, degil. Lupa kita nie dah berbadan dua, sakit diabetes lagi. Nasib baik la budak dalam perut bergerak lagi. Gabra gak masa puasa hari tu, dia senyap je. Amik masa lama sikit nak bagi dia gerak aktif balik. Badan Cik Iman pun dah layu semacam. Kaki dah tak mampu nak tampung berat Cik Iman (padahal tak de la naik mendadak berat). Sedar le dah 8 bulan, nak masuk 9 bulan. Kot-kot dia kuar awal, mana nak tau.
Kena la bayar fidyah dan ganti puasa lepas beranak nanti. Sabo je la. Demi anak, Cik Iman sanggup.
Bahasa doktor tu memang agak kurang ajar tapi memang ada betol pun "Nak puasa ke nak anak?" Sabo je la Cik Iman oi~ Taubat dah tak nak tipu doktor tu.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?