Bila masa pulak Cik Iman ada anak kucing nie ades. Bukan anak kucing la. Nie, anak yang nie haaa.
Natang apa tu Cik Iman? Tak nampak macam binatang pun. Ada pulak binatang. Tu la graphic tablet kesayangan Cik Iman yang jadi peneman suka duka (ceh ayat) Cik Iman dari tahun 2009 lagi. Menatang apa graphic tablet tu, Cik Iman? Alo, alat nak melukis secara digital, senang citer. Tapi tak direct pada screen laptop atau komputar.
Macam nie.
Huh? Senang ke nak guna, Cik Iman kalau tak tengok natang tu time melukis? Ada korang tengok mouse kalau korang gerakkan? Oo ye tak ye~
Teringat citer time nak beli natang nie. Time tu dok belajar dalam hutan lagi. Dah tau cara-cara nak pegi bandar naik bas, naik tren, naik LRT sume (ceh dah besar dah budak tu) Cik Iman pun pegi la Low Yat, cari natang nie jenama Wacom (nak Wacom je, tak caya brand lain ahaha dah la mahal, tapi tahan lama compare dengan brand lain, berbaloi sesangat). Mula-mula tu dok usha Intous4, sebab model tu baru kuar tahun tu, so tak pandang la model yang lama tu. Tapi pekerja nie pandai kan, nak lariskan barang. Dia cakap daripada beli Intuos4 yang kecik tu, baik beli Intuos3 yang besar, tapi dapat harga murah sebab stok nie dah tak de dah. Amboi kau. Pike punya pike, dah datang jauh-jauh, takkan nak pike dua tiga hari lagi baru nak decide. Intuos4 yang kecik tu takut tak selesa bila melukis, so amik je la Intuos3 yang besar, alang-alang dapat permukaan besar (tak de la besar mana pun sebenarnya)
Nak balik asrama tu memang seksa la, bawak kotak lebar ahahaha nasib baik ringan. Naik balik LRT, tren, bas sume dah berapa jam. Sabo je. Malam baru sampai asrama. Mandi, makan, sembahyang sume baru bukak kotak, tengok-tengok dulu pas sambung kat laptop (masa tu laptop lama tapi masih berfungsi baik lagi). Masa mula-mula pakai tu, pas setting sume, memang agak kekok la juga, ye la, first time guna benda baru, selama nie dok dengar kat internet je, konon art student atau orang kat luar negara je pakai. Memang merangkak juga la. Tapi akhirnya, sampai ke tahun 2014, ada lagi dia. Tapi kat bawah meja je la sebab dah tak tau nak lukis apa dah ahaaha. Kalu tak dulu, hari-hari tak berenggang dengan natang nie. Hari-hari kejenya melukis 24 jam.
Tapi sekarang nie macam ada yang tak kena dengan wayar natang nie. Tak tau la laptop ke yang bengong atau tablet nie dah nak nazak (5 tahun dah kot berkhidmat dengan Cik Iman, kalu anak lahir tahun 2009, dah besar panjang dah), dok pike kalu dia mati ke, kena gak pike nak replace. Uish, benda nie penting, mana leh hidup dengan laptop dengan mouse je. Dah jiwa seni mendalam tu. So Cik Iman ingat kalau betol la hidup dia tak lama, Cik Iman nak kumpul duit pastu beli yang kecik je la, tak nak dah yang besar lebar nie. Susah nak simpan, nak bawak lagi (tapi nak juga Wacom Cintiq mahal-mahal tu ekeke)
Tapi of course Cik Iman kena pike gak, ada anak nanti, kot lasak kemain, rosak gak natang nie. Adus. Jahanam bila kita temukan teknologi dengan budak-budak.
Nanti la Cik Iman pike bila tablet yang sedia ada betul-betul rosak. Dah kena usha market, harga, model lagi. Kalau nak beli pun, beli yang murah je la, tapi still under Wacom. Still nak yang tahan lama beb. Ingat, kecik, murah, tahan lama, tahan lasak, senang bawak mana-mana, kalau mampu, beli yang wireless (yang Cik Iman ada skang bukan wireless, memang dia sambung sekali dengan mesin tu, kot-kot tu sebab wayar jadi bengong tu, dok main-main)
Usha-usha, yang paling terbaru adalah Intuos Pen and Touch Small. Dulu Intuos nie namanya Bamboo, sekarang Intuos yang lama tu dia bagi nama Intuos Pro lak.
Usha-usha harga Malaysia, lebih kurang RM400. Boleh kot? Nampak kecik dah. Tapi kena la simpan duit dulu ehehe.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?