Masa mula-mula dengar pasal Nuffnang nie, ada la sahabat Cik Iman sorang nie dok promote mintak tekan iklan tu setiap kali gi blog dia.
Of course, Cik Iman nie seorang yang sangat malas, dan tumpuan Cik Iman biasanya pada post utama, bukannya side bar yang biasa kita letak info tambahan atau iklan. Blog Cik Iman memang Cik Iman suka simple je, info basic, tak de gambar, tak de lagu yang tetiba on melalak. Benda lain mungkin Cik Iman leh bersabar lagi, tapi part lagu tetiba on tu yang buat Cik Iman geram sangat. Tau la blog sendiri. Tapi volume tu kan, adoyai. Sakit telinga.
Entah apasal teringin nak try Nuffnang, walaupun Cik Iman tahu tak de orang nak tengok pun blog Cik Iman nie wakakaka Sabo je la~ Rm0.15 satu click, nak tunggu satu click pun dah parok. Tapi daripada terbiar, baik letak je, kan? Mana tahu, dalam 10 tahun, sedar tak sedar, dah Rm1,000 (uish jauh berangan Cik Iman nie hahahaha)
Kalau ada Rm0.15 tu, nak tau gak ada potensi ke blog nak pergi jauh. Tapi masalahnya sekali sekala ja Cik Iman update blog nie. Kadang-kadang kalu inspirasi datang ke, kita excited ke, ada la bahan nak pot pet pot pet. Sekarang nie, pas graduate dari hutan, makin sikit lak idea. Kalu tak dulu kemain macam-macam benda nak tulis. Megi la, kucing la, apa la.
Tak pe, tak pe. Mungkin bila ada anak nanti, mula la Cik Iman start cakap barang baby, kesihatan baby sume kan? Cik Iman tak caya kita nie kekurangan idea, cuma datangnya lambat. Kan kan kan?
Tapi apa-apa pun tolong la click iklan Nuffnang tu ekeke tak mahal pun, Rm0.15 je, sedekah sempena bulan Ramadhan agaga
Thiis was lovely to read
ReplyDelete