Tuesday, September 23, 2014

Bila Nak Serik Nie

Walaupun breast pump elektrik menyebabkan keluarnya darah semalam, Cik Iman tetap nak cari breast pump yang serasi dengan Cik Iman. Perah pakai tangan still okay tapi nak gak merasa mencari "The One Breast Pump" eceh.

Tadi pegi Manjaku kat Bangi nak beli puting botol (Iman Jr kalau demam, tak denya nak direct feed, ditolak terus, ditendangnya Cik Iman, sedih sobsob tau, so kena la membotolkan budak nie), sambil-sambil tu, tengok-tengok la barang lain yang nak beli, termasuk la mengusha breast pump yang ada. Jenama Anakku ada, jenama Fiffy ada, jenama Pureen ada, jenama OKBB ada, jenama-jenama mahal ada tapi yang mahal tu tak pernah dengar lak. Jenama Anakku, Fiffy dengan Pureen dan OKBB dalam lingkungan mampu milik, OKBB yang paling murah, bawah RM50.

Tapi sayang, tak de orang review jenama nie lagi kat mana-mana blog so Cik Iman tak berani nak beli lagi (selagi tak de orang try, selagi tu la Cik Iman tak nak try ekeke). Tapi design dia cantik, putih dengan pink. Cik Iman lak lemah tengok pink nieh.



Kalau ada sesape yang dah cuba OKBB, leh tolong bagitau Cik Iman tak tentang pengalaman anda? Terima kasih ye daun keladi~

Pastu dekat-dekat dengan kawasan cashier tu ada display brand Medela (brand mahal, mesti la kena letak dekat dengan kawasan pekerja kan kan kan~ murah ang letak belakang-belakang sana). Medela Harmony ajer dah RM199. Pergh. Design ngancam, harga pun ngancam ler.


Pastu Cik Iman teringat ada satu blogger cakap pasal Medela Harmony Sealed *godek-godek* Apa bezanya Medela Harmony dengan Medela Harmony Sealed, leh baca sini ye. Macam berkenan je. Cik Iman pun suka gila warna kuning. Amboi, rambang mata. Nanti la, ada rezeki sikit, leh beli.

Dekat-dekat Manjaku Bangi ada la satu kedai Tateh. Cik Iman tanya web online diorang, ada ke jual Unimom Mezzo, diorang kata ada, so Cik Iman pegi la check. Tapi, al-kisah yang ada yang elektrik je. Sedih tak, sedih tak. Kempunan Cik Iman. Diorang cakap diorang baru order stock baru, tapi tak jamin akan sampai cepat sebab stock cepat sangat abis. Tak sangka lak sepopular tu jenama nie.

Oh Unimom Mezzo oooohhhhh idaman kalbu~

Satu lagi jenama dalam pertimbangan: TollyJoy. 


Setakat nie reviewnya okay, tapi masa gi Manjaku tadi, tak de pulak brand nie. Dah pupus ke. 

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...