Cik Iman tak faham kenapa sesetengah orang tak suka kotorkan kereta sendiri (apa pulak Cik Iman merepek nie, mana ada orang yang suka kotorkan kereta sendiri, gila Cik Iman nie).
Ye la, korang kan pembersih. Terlampau bersih sampai sampah dari kereta tu korang buang dari tingkap kat tengah-tengah highway. Sampah tu la kena kat cermin kereta orang lain. Bagusnya la rakyat Malaysia nie kan kan kan.
Apa salah korang pegang dulu sampah tu dalam kereta. Dah berhenti kat mana-mana, buang la dalam tong sampah. Ataupun korang letak tong sampah dalam kereta. Bukan susah pun. Adakah sampah tu busuk sangat, korang tak tahan bau dia dalam kereta, terus korang buang ikut tingkap? Kereta korang sekejap je tak cantik, bukan lama pun.
Korang nampak macam orang tak pernah gi sekolah bila korang buang sampah ikut tingkap kereta korang. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?