Monday, September 22, 2014

Pemerah Ajaib Yang Tak Berapa Nak Ajaib

Selama 2 bulan jadi mak orang, Cik Iman lebih suka perah susu guna tangan daripada guna alat. Tapi bukannya Cik Iman tak pernah cuba langsung breast pump. Hari tu Bonda Cik Iman beli breast pump electric jenama Fiffy tanpa survey atau baca review mana-mana dulu, konon konfiden la leh guna. Harga dalam RM130 gitu sebab ada sale kat kedai. Harga asal dalam RM160.


Serious nyesal tak baca dulu apa orang kata sebelum pakai. Sakit kot. Tak tau la sebab salah pakai ke, tak serasi ke. Dah la sakit sampai ke ketiak, susu pun keluar sikit. Time tu, dua tiga hari gak Iman Jr tanak direct feed sebab nipple berubah dek kena tarik breast pump elektrik tu. Meraung bila nak susukan. Kecik hati keibuaan Cik Iman nie, nak je menangis dengan dia sekali. Terus masuk balik dalam kotak, ingat nak bagi hadiah kat orang lain je, kot-kot ada la yang serasi dengan tuan baru. Mak sedara Cik Iman pun tengah tunggu masa nak lahirkan anak, so mungkin bagi dia kot. 

Pas (akhirnya) rajin baca review blog orang pasal jenama breast pump yang ada kat Malaysia, Cik Iman macam berkenan dengan breast pump jenama Avent dan Unimom. Yang manual je, tak nak dah yang elektrik.



Ramai rekomen jenama Avent kalu nak pakai yang manual. Harga dalam RM180 atau lebih gitu.


Alternatif yang murah sikit dari Avent ialah Unimom. Jenama Korea, design dia pun comel, ada warna pink. Dah berkenan dah di hati Cik Iman ekeke.

Tapi disebabkan Cik Iman student lagi, bajet belum ada so kena la tunggu bila dah ada keje. Tak mimpi langsung nak beli Medela weh. Kawen orang kaya tak pe gak. Berpuluh breast pump Cik Iman leh beli kalu gitu.

Beli la yang murah, jenama Fiffy gak. Harga dalam RM23.


Yang nie pun alahai. Tak sakit, tapi setitik dua je kuar. Malu-malu kucing. Banyak lagi susu yang kuar kalu Cik Iman perah pakai tangan. Nak tekan belon merah tu berapa kali dah jenuh dah. Pastu angin asyik masuk kuar je, tak berapa nak melekat. Sabo je la Cik Iman. Nie mungkin Cik Iman hadiahkan kat adik Cik Iman yang nak nikah tak lama lagi. Kurang-kurang, dia dah tak perlu pike dah pasal breast pump bila ada anak nanti.

So sekali lagi Cik Iman try cuba yang elektrik yang bonda belikan dulu, kot-kot ada perubahan. Berita baiknya, susu banyak la sikit dari pakai yang manual tu, tapi, ada tapi weh. Berita buruknya, masih sakit macam dulu dan siap keluar darah. Siot.

Sekarang Cik Iman serious trauma dengan breast pump elektrik. Tak nak dah tengok breast pump. Menyampah. Sekarang usha breast pump manual je. Biar lenguh tangan, asalkan tak berdarah. Dah la sakit lagi dada nie. Geram tol.

Bagus lagi breast pump manual Fiffy tu walaupun susu malu-malu nak kuar.

2 comments:

  1. Cik iman, cuba cik iman intai cni.. kwn sy suggest pd sy.. http://www.pumponthego.com.. byk sgt mmbntu.. hrga pun mmpu milik sbb ade byk pilihn & dpt tgk review :) klu dpt follow kt instagram pn lbh senang..

    ReplyDelete
  2. Avent manual is the best untuk saya setakat ni. Melabur mahal sikit tp boleh tahan lama dan hasil perahan mmg tak mengecewakan.

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...