Showing posts with label pengalaman Cik Iman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman Cik Iman. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Terlebih Friendly

Pada suatu hari di sebuah klink, seorang pesakit tunggu giliran tegur Cik Iman.

Pesakit: Alahai comelnya dia (Iman Jr) pakai tudung.
Cik Iman: Aaa.
Pesakit: Berapa bulan dah?
Cik Iman: 3 bulan.
Pesakit: Ooo 3 bulan. Comel ye pakai tudung muda-muda gini.
Cik Iman: Aaa.
Pesakit: Perempuan ye?
Cik Iman: ... ye.


Credit gambar oleh adik Cik Iman a.k.a Pak Su Iman Jr

Muka ang macam laki ka, Iman Jr??? Omma pun pelik.

Tak salah nak jadi peramah tapi ikut logik akal la kot. Takkan nak pakaikan tudung kat anak lelaki pulak. Ades. Cik Iman ye je kan le sebab pesakit tu veteran. Takkan nak perli lak kan. Tak baik~

---------------------------

Sunday, November 2, 2014

Sebelum Korang Beli Breast Pump Tu ...

Cik Iman tulis post nie berdasarkan pengalaman Cik Iman dalam membeli breast pump dalam keadaan yang begitu innocent (tak tau apa-apa pasal breast pump) dan tak tahu apa-apa sehingga lah sekarang. Khas buat ibu-ibu muda yang tengah pike nak beli breast pump yang mana, perlu ke tak breast pump nie dan macam-macam lagi. 

1. Perlu ke tak breast pump nie? 



Breast pump nie biasanya orang guna bila mak-mak kena gi keje balik pas abis pantang. Pam susu kat opis pastu bawak balik rumah kasi anak minum ataupun tambah stock susu dalam peti sejuk untuk kemudian hari. Tu biasa la kita dengar kan.

Ada lagi jenis yang korang kena tahu. Korang leh direct feed baby tak? Ingat senang ke nak direct feed baby? Sua nenen kat baby pastu kondifen je diorang dah pandai latching? Oh tidak. Kadang-kadang ada kes dia tak nak langsung. Haa, nie la pentingnya breast pump. Dia tak nak nenen kita, fine. Tapi kita kena pam jugak sebab dia lapar. 

Korang tak perlu breast pump kalau korang tak de masalah direct feed dan ada banyak masa nak menyusukan anak secara direct, atau korang expert teknik marmet (pam guna tangan) ataupun korang nak bagi formula milk. 

2. Jangan beli yang murah tapi menyakitkan

Ye Cik Iman paham kita nie tak banyak duit, kedekut sesangat sebab minyak kereta naik, harga barang makanan naik, sume naik. Tapi jangan la korang kedekutkan duit untuk breast pump korang. Benda nie melekap kat badan korang kot. 

Kalau korang rajin terjah post-post Cik Iman yang sebelum nie, Cik Iman dah merasai kesakitan pakai breast pump yang rasanya bukan bertujuan untuk keluarkan susu, tapi keluarkan darah. Kejenya sucking aje, tapi tak release. Dia gi tarik, tarik, tarik sampai keluar darah. Macam mana kerajaan leh luluskan breast pump macam nie. Seksa tau tak. 


Sakit woo pakai breast pump nieh. Lelaki pun tak leh handle.

Cik Iman nak bagi warning untuk korang yang tak tahan sakit tapi nak beli gak breast pump murah di bawah RM200, tolong la jangan beli breast pump elektrik Fiffy dengan Pureen. Kalau korang leh handle sakit, beli la, tapi Cik Iman sangat-sangat tak rekomenkan. Dah la sakit, bunyi motor dia satu rumah leh dengar. Bayangkan korang guna benda nie time keje. Tak ke malu. Kalau nak beli brand nie pun, amik yang manual please. 

Kalau korang nak yang elektrik, harga dalam lingkungan RM200, breast pump yang Cik Iman yang guna sekarang nie la yang terbaik setakat tahun 2014 nie. Breast pump nie baru je beberapa bulan keluar kat market. 


Cik Iman pernah buat review kalau sesape nak usha breast pump nie. 

3. Rajinkan diri tanya orang 

Orang kat sini banyak. Contohnya kawan-kawan yang dah pernah pakai breast pump. Zaman nie tak mungkin tak de at least sorang pun yang tak pernah pakai breast pump. Zaman mak-mak kita pun ada je breast pump, tapi yang belon merah tu la kan. 

Orang-orang kat blogger pun banyak gak bagi review breast pump yang diorang pakai, sekadar berkongsi pengalaman. Bukan susah pun sekarang. Apa guna korang beli laptop atau tablet mahal-mahal tapi tak guna untuk cari maklumat. Cari pun untuk kebaikan korang gak. 

Dan tanya la jugak pekedai yang jual breast pump, diorang leh bagitau breast pump bestseller yang popular kat kedai diorang, maksudnya breast pump apa yang mak-mak selalu beli kat sana. Jangan ingat bestseller nie maksudnya Medela Freestyle (tu salah satu brand yang popular la) tapi ada gak mak-mak yang beli brand Malaysia pun puas hati dengan resultnya (macam Cik Iman ekeke) Tanya la sekali bunyi pam dia kuat ke tak (penting gak nieh, kang tak pasal-pasal tarik perhatian yang tak diingini)


Kalau kat Tateh, nie la breast pump bestseller diorang

Sambil-sambil korang tanya brand apa best, alang-alang tu tanya la kalau kedai diorang bagi try breast pump. Kalau kedai tu bagi try, amik la peluang tu. Macam PumpOnTheGo, diorang sediakan satu bilik khas untuk ibu-ibu try, mana la tau serasi ke tak kan. 

4. Brand popular tak semestinya serasi dengan kita

Credit gambar: PumpOnTheGo

Cakap pasal breast pump, mesti korang pike Medela, Ameda dan Avent. Tiga nie mesti ada kat atas. Jenama lain semua dok bawah. Tapi korang pernah terfikir ke kalau badan korang leh terima breast pump nie? Kita dah berkenan dah dengan design dan functionnya. 

Sekali ... 

Cakap tak serupa bikin. Tapi kena ingat, kita tak serasi dengan breast pump tak bermakna tak de langsung orang lain leh guna. Sekali lagi Cik Iman nak ingatkan, ia bergantung pada badan puan-puan ye. Itu sebab kalau ada peluang nak cuba breast pump kat kedai, tolong la cuba ya. Takut menyesal lepas beli. 

5. Tahu jenis breast pump yang kita perlukan

Ye Cik Iman tahu ada 2 jenis breast pump: Manual (pakai tangan) dan elektrik. Tapi maksud sebenar Cik Iman ialah penggunaan breast pump dalam kehidupan korang. Korang bekerja? Korang masih sambung belajar? Korang suri rumah? Korang agak berapa banyak masa yang korang ada nak pam? 



Kalau korang bekerja atau belajar macam Cik Iman dan selalu berjauhan dengan baby, baiklah korang beli breast pump yang leh buat double pumping dan heavy duty macam Medela Freestyle, Lacte Duet, Unimom Forte, Spectra Dew dan macam-macam lagi. (tapi Cik Iman tak beli la heavy duty sebab ongkos tak cukup nak cover ekeke) 

Tapi kalau korang sekadar dok rumah, selalu ada dekat baby atau jenis sekali-sekala pumping, mana-mana breast pump selain yang heavy duty pun boleh (kalau nak beli heavy duty gak, beli la, tak halang pun). TAPI. Kalau misal kata korang kena tinggalkan baby pada satu-satu masa, korang still kena ada stok susu ready. 

6. Antara manual dan elektrik

Nak guna manual pam senang sebab tak perlu elektrik dan senang nak bawak mana-mana. Tapi manual nie jangan guna ganas sangat. Kang rosak parts dia. Ada orang cakap sampai patah handle la, koyak valve dan diagphram la. Macam-macam. Itu sebab diorang rekomen pakai manual sekali-sekala. Kalau korang buat ganas gak, alamatnya kena beli spare part selalu. Pam manual amik masa la juga nak penuhkan botol dengan susu. Tapi pam manual lagi murah dari elektrik. 




Pakai brand OKBB je kot. Boleh je dapat susu.

Elektrik pulak mempercepatkan lagi proses mengepam korang. Dan tangan tak lenguh nak pam susu. Tapi ramai cakap walaupun cepat tapi production susu tak sebanyak menggunakan manual. Kalau korang rajin urut in-between pumping, insya-Allah, tak kira la manual ke, elektrik ke, mesti banyak susu keluar. Keep a positive mind!

7. Jangan mindset terus nak beli Medela Freestyle

Sebenarnya ikut korang la nak beli Medela Freestyle ke, Ameda ke, Avent ke, duit korang kan, tapi cuba consider option lain. Mentang-mentang la Medela Freestyle tu brand international, korang tolak brand Malaysia mentah-mentah. Cer try test dulu, mana tahu terjumpa idaman kalbu yang lebih murah. 



Cik Iman takut jadi macam yang Cik Iman dan mak sedara Cik Iman rasakan masa pakai Medela Freestyle dia. Suction dia slow sangat. Baik guna pam manual kalau gitu. 

8. Beli la mahal mana pun breast pump, ia akan rosak jua

Maksud Cik Iman tak de la sehari korang beli dan pakai, esok dah rosak. Tu brand bengong kalau gitu. Maksud Cik Iman suatu hari nanti (berbulan? bertahun? ataupun anak-anak buat main bola sepak pastu terhempas ke lantai atau dinding) ia akan rosak juga. So jangan expect dengan penggunaan kita yang kerap, motor takkan rosak. Motor Medela Freestyle pun akan rosak walaupun ia heavy duty dan tahan lasak, inikan pulak brand-brand lain. Sama je. 



So jangan stress kalau rosak. Simpan kad waranti breast pump supaya kalau ada masalah, leh hantar kedai. 

9. Tak sah beli breast pump kalau tak de aksesori lain

Jangan pike korang cukup dengan beli breast pump tu je. 



Mana nak simpan stok susu kalau tak beli botol susu lebih kan? 



Nak beli cooler bag lagi untuk yang pumping kat tempat kerja. Kena ada ice pack lagi dalam beg tu nak bagi susu sejuk dan tak rosak kalau korang malas nak letak dalam peti sejuk kat tempat keje. 




Handsfree bustier lagi kalau nak multitask. Pumping sambil tengok tv, pumping sambil layan Facebook, pumping sambil buat post baru kat Blogger pun boleh. Tapi kalau korang kedekut sangat, cer try buat handsfree sendiri guna baju dalam atau baju dalam sukan korang yang dah tak pakai tu. Dah jimat berapa ringgit dah kat situ. Tapi kalau korang kedekut tahap babeng, leh gak try handsfree pumping guna getah rambut. Ye, getah rambut. Lagi la jimat. 

10. Memiliki lebih dari satu breast pump adalah perkara biasa

Tipu la mak-mak cakap cukup satu breast pump je. Mesti ada lebih. Tu pun sebab trial and error. Mula-mula diorang ingat breast pump tu okay untuk dia, last-last cam bangang. Beli pulak breast pump jenama lain, kes sama macam kat atas jugak. Begitu la juga breast pump yang seterusnya. Bukan ibu nie tak buat research, dah survey kat macam-macam tempat. Punya la tak tido semata-mata nak baca review pasal breast pump kat Blogger. Bila dah beli, frust menonggeng pulak. 


Credit gambar: PumpOnTheGo

Jangan give up kalau breast pump tu tak serasi dengan kita. Kalau tak serasi, apa susah, jual semula kat internet. Mesti ada yang serasi kat luar sana yang menunggu tuan baru. Malaysia nie besar, puan-puan. Dah jual, beli breast pump lain pulak sampai kita dapat "The One".

Tapi ada gak dia serasi dengan semua so dia pakai la semua. Satu manual dan satu elektrik. Bergantung pada penggunaan la kot. Guna manual sekali-sekala ke, time black out ke. Yang elektrik lak untuk bersantai tengok tv ataupun nak siapkan keje. 

Cik Iman dah ada 4 breast pump tau. Tapi gunanya satu je wekekeke. 

11. Jangan fikir hanya dengan menggunakan breast pump sahaja kita leh dapat susu banyak melimpah ruah

Kena ingat, breast pump nie hanyalah alat bantuan untuk mak-mak menyusukan anak dengan lebih cepat. Macam kat tempat keje, keje kena buat tapi susu kena pam jugak kan. So kena multitasking (dan di sini la pentingnya bustier tadi) Bab susu banyak tu kena tengok diri kita gak. Kita makan makanan yang sihat tak? Kita bersikap positif tak? Kita relaks tak? Tak guna beli breast pump tapi kita tension hari-hari. Pastu marah-marahkan breast pump sebab sikit susu keluar. 



Pastikan korang tenang bila mengepam. Cari "happy place" korang. Korang happy bila tengok kucing? Pike pasal kucing. Korang happy bila shopping online? Korang gi web online shopping. Korang happy berchatting dengan orang? Chatting la. 

Pastikan korang tak stress~ Tak stress, lagi banyak susu keluar~

p.s: Cik Iman happy bila makan ais krim vanilla

-----------------------------

Wednesday, October 29, 2014

Surat Cinta Melayang Buatmu

Ke hadapan pembantu kedai jual barang bayi yang Cik Iman pegi tadi.

Muka Cik Iman nampak macam nak rompak kedai ke? Cik Iman nak tengok-tengok barang dalam kedai pun dok ikut Cik Iman kat belakang apakehal. Tahu la muka Cik Iman nie tak sesuci Siti Nurhaliza (cait nak banding dengan dia buat apa) tapi Cik Iman takkan sesekali curik barang dari kedai (kecuali ada satu kali tu masa kecik dulu, tapi tu masa kecik kot, dah insaf dah pun)

Padahal ramai lagi pelanggan lain kat dalam kedai tu, dok ikut Cik Iman buat apa. Mentang-mentang la Cik Iman tengah pegang spare part valve Unimom Mezzo kat tangan, ingat Cik Iman nak curik ke benda kecik tu. Baju dengan seluar Cik Iman tak de poket pun. Bawak dompet je kot. Takkan nak letak dalam baju dalam kot, seluar dalam kot. Gilo. Cik Iman usha satu kedai tu, dia ikut lagi. Stalker ke hapa.

Nak je Cik Iman cakap "dah la gemuk, pastu pike bukan-bukan pasal pelanggan", tak baik pulak cakap pasal badan orang. Tak de kena-mengena pun. Bak kata orang Inggeris, don't judge a book by it's cover, ceh. Tapi dia pun satu, don't judge Cik Iman by her clothes tau. Tudung labuh, baju labuh, jangan pike ustazah. Tapi pike Cik Iman nie pencuri lagi la salah.

Last-last, tak jadi beli spare part Unimom Mezzo tu sebab macam tak sama. Cik Iman gi beli puting Pigeon dengan botol Fiffy yang ada handle (mula-mula tu nak beli Tommee Tippee punya tapi botol Tommee Tippee yang Cik Iman beli hari tu pun jarang guna so nampak membazir sangat)


Puting botol jenama Pigeon. 3 bijik RM7


Cik Iman beli yang 5oz punya. RM5.90. Beli sebab nak ajar Iman Jr pegang botol (kononnya)

Nak bagi amaran kat pembantu kedai tu. Kalau kamu buat gak benda nie pada pelanggan, kamu ingat ada ke orang nak gi kedai kamu lagi? Pike la sikit. Nak elak kecurian, bukan gitu caranya. Lagi menyebabkan pelanggan rasa tak selesa ada la. Jangan rasa pelik kalau pelanggan tak nak datang kedai dah sebab kamu. 

Lu pike la sendiri.

Note: Selepas kejadian, Cik Iman pegi kedai lain, tak de jual spare part Unimom Mezzo. Adui. Pastu siap-siap nak gi beli Medela Harmony, dah abis stock. Arom. Tapi masa kat kedai tadi macam berminat nak try Lacte Solo. Tapi tak beli sebab tak serasi. Review pasal model nie pun tak banyak lagi. Ades. Duit ada je tapi tak tau nak beli ke tak. 

-----------------------

Friday, October 24, 2014

Botol Simpan Susu Autumnz - Sebuah Cerita Seram

Hari tu Cik Iman ada beli satu set milk storage jenama Autumnz, beli yang 10 bijik punya sebab murah berbanding jenama lain. Dok baca review-review mak-mak kita kat blog, dengan kondifennya Cik Iman beli, kononnya ini la pembelian yang terbaik Cik Iman buat. Kan?

Sekali ...

Sealing disc dia tak leh tutup rapat. Ingatkan satu botol je yang macam tu. Semuanya tak rapat. Wadepak.


Nak dijadikan citer, hari tu Cik Iman panaskan botol susu nie dari periuk berisi air. Pas dah panaskan, Cik Iman alihkan la periuk berisi botol Autumnz nie ke sinki. Sekali botol jatuh. Air susu bercampur air panas dalam periuk. Menjerit Cik Iman dalam dapur hari tu. 

Geram tau tak. Boleh pulak sealing disc tu terbukak time-time kritikal nie. Anak aku nak minum susu laa.

So, selepas kejadian yang menyayat hati dan disebabkan dah beli banyak, takkan nak buang lak. Cik Iman terus letak selotap kalis air (duct tape) macam nie kat semua penutup Autumnz. Baru puas hati Cik Iman. 

Kesimpulan: Check dulu sealing disc pada botol jenama tertentu tu tutup rapat ke tak. Kalau tak, menangis korang tengok susu bercampur air. Sedih tau. 

Sekian terima kasih.

---------------------------------------------

Thursday, October 16, 2014

Kisah Sebuah Picagari

Sebelum Cik Iman beranak, Cik Iman tak pernah nak ambil kisah tentang kepentingan breast pump. Dok ingat "ala, apa susah, sua je nenen kat mulut baby, dia menyusu sendiri la kan, payah-payah pa nak beli breast pump nieh". Sekali tragedi sangat besar yang amat tidak dijangka berlaku (ceh macam nak kiamat lak bunyinya) 

Iman Jr tak nak nenen Cik Iman. Bukan berbulan-bulan lepas dia lahir. Dua tiga hari lepas dia lahir kot. Dok meraung tiap kali kita suakan nenen. Sampai nurse paksa dia menyusu (Cik Iman lak innocent giler time tu, dok nangis tengok anak nangis tak nak menyusu, nurse tu lak garang weh, tak main lembut-lembut dengan Iman Jr ahaha)

Pastu nurse keluarkan satu picagari yang telah dimodifykan. Nie teringat balik kat picagari nie pun time kemas rumah hari tu terjumpa benda nie. Ada lagi natang nie rupanya. 


Nie picagari hospital yang punya. Mak Cik Iman mandai-mandai je amik sesuka hati (tak tau la dia mintak kebenaran ke tak dari nurse sana, harap-harap la dia mintak izin, kalau tak berdosa kita aish)


Kalau korang perhatikan, picagari nie sebenarnya terbalik. Diorang bukak picagari tu, potong bahagian depan plastik yang benda muncung tu dan masukkan yang ada bahagian hitam secara terbalik dari yang asal. Gambar kat bawah nie menunjukkan keadaan picagari yang sepatutnya.


Kreatif sungguh nurse kat hospital tu. Tau tak kenapa Cik Iman cakap diorang nie kreatif? Sebab nie la "breast pump" pertama yang Cik Iman cuba. Asalnya nurse tu bagi picagari nie konon nak panjangkan lagi puting Cik Iman kot-kot sebab tu Iman Jr tak nak menyusu, dia tak leh grab puting (Cik Iman belajar lepas tu patutnya baby tak hisap kat puting, dia kena hisap kat bahagian areola. Adoi, nurse tu tak gi sekolah ke, bagi info salah kat patient, Cik Iman lak mati-mati caya cakap nurse tu). Pastu guna natang nie, Iman Jr menyusu la kejap, pastu menangis balik. Setiap kali dia menangis, terpaksa la Cik Iman guna benda nie untuk kononnya bagi senang dia grab puting Cik Iman. 


Pastu Cik Iman perasan sambil Cik Iman guna natang nie, air susu keluar setitis demi setitis. Cik Iman rasa sayang nak buang so Cik Iman kumpulkan air susu tu dalam satu cawan kecil. Cawan kecil berisi air susu nie la bonda Cik Iman bagi minum kat Iman Jr masa tu. Time kena discharge dari hospital, nurse perasan Cik Iman pam keluar susu dan bagitau kalau nak breast pump, cakap la. Cait, orang dah nak discharge baru korang nak bagitau ada breast pump. 

Dan disebabkan oleh picagari yang tak seberapa nie la menyedarkan Cik Iman tentang kepentingan breast pump. Dan disebabkan itulah Cik Iman suka beno usha breast pump macam-macam brand ekeke

Tapi takkan ada yang seunik picagari nie tau. One of a kind haaa kau. Jasa baikmu takkan dilupakan, wahai picagari. 


--------------------------------------

Monday, September 22, 2014

Pemerah Ajaib Yang Tak Berapa Nak Ajaib

Selama 2 bulan jadi mak orang, Cik Iman lebih suka perah susu guna tangan daripada guna alat. Tapi bukannya Cik Iman tak pernah cuba langsung breast pump. Hari tu Bonda Cik Iman beli breast pump electric jenama Fiffy tanpa survey atau baca review mana-mana dulu, konon konfiden la leh guna. Harga dalam RM130 gitu sebab ada sale kat kedai. Harga asal dalam RM160.


Serious nyesal tak baca dulu apa orang kata sebelum pakai. Sakit kot. Tak tau la sebab salah pakai ke, tak serasi ke. Dah la sakit sampai ke ketiak, susu pun keluar sikit. Time tu, dua tiga hari gak Iman Jr tanak direct feed sebab nipple berubah dek kena tarik breast pump elektrik tu. Meraung bila nak susukan. Kecik hati keibuaan Cik Iman nie, nak je menangis dengan dia sekali. Terus masuk balik dalam kotak, ingat nak bagi hadiah kat orang lain je, kot-kot ada la yang serasi dengan tuan baru. Mak sedara Cik Iman pun tengah tunggu masa nak lahirkan anak, so mungkin bagi dia kot. 

Pas (akhirnya) rajin baca review blog orang pasal jenama breast pump yang ada kat Malaysia, Cik Iman macam berkenan dengan breast pump jenama Avent dan Unimom. Yang manual je, tak nak dah yang elektrik.



Ramai rekomen jenama Avent kalu nak pakai yang manual. Harga dalam RM180 atau lebih gitu.


Alternatif yang murah sikit dari Avent ialah Unimom. Jenama Korea, design dia pun comel, ada warna pink. Dah berkenan dah di hati Cik Iman ekeke.

Tapi disebabkan Cik Iman student lagi, bajet belum ada so kena la tunggu bila dah ada keje. Tak mimpi langsung nak beli Medela weh. Kawen orang kaya tak pe gak. Berpuluh breast pump Cik Iman leh beli kalu gitu.

Beli la yang murah, jenama Fiffy gak. Harga dalam RM23.


Yang nie pun alahai. Tak sakit, tapi setitik dua je kuar. Malu-malu kucing. Banyak lagi susu yang kuar kalu Cik Iman perah pakai tangan. Nak tekan belon merah tu berapa kali dah jenuh dah. Pastu angin asyik masuk kuar je, tak berapa nak melekat. Sabo je la Cik Iman. Nie mungkin Cik Iman hadiahkan kat adik Cik Iman yang nak nikah tak lama lagi. Kurang-kurang, dia dah tak perlu pike dah pasal breast pump bila ada anak nanti.

So sekali lagi Cik Iman try cuba yang elektrik yang bonda belikan dulu, kot-kot ada perubahan. Berita baiknya, susu banyak la sikit dari pakai yang manual tu, tapi, ada tapi weh. Berita buruknya, masih sakit macam dulu dan siap keluar darah. Siot.

Sekarang Cik Iman serious trauma dengan breast pump elektrik. Tak nak dah tengok breast pump. Menyampah. Sekarang usha breast pump manual je. Biar lenguh tangan, asalkan tak berdarah. Dah la sakit lagi dada nie. Geram tol.

Bagus lagi breast pump manual Fiffy tu walaupun susu malu-malu nak kuar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...