Saturday, October 25, 2014

Boikot Petronas

Minuman feveret Cik Iman adalah Marigold HL Susu Rendah Lemak yang plain punya. Kalau gi kedai mana-mana, sure beli natang nie. Macam ketagih pun ada, padahal susu tepung ada je kat rumah. Malas nak bancuh ekeke. 



Tadi masa Cik Iman tengah check balik semua resit yang ada dalam dompet Cik Iman (Cik Iman jenis suka kumpul resit bayaran, leh tengok semula kemudian, nak buat rekod, berapa dah duit keluar setiap bulan) dan Cik Iman terperasan sesuatu.

Hari tu Cik Iman beli susu nie kat kedai Petronas, yang besar punya dia tulis harga RM7.10. Apasal dalam resit dia tulis RM7.20?

Jeng jeng jeng. Cik Iman kena tipu seposen dengan Petronas. 


Boikot boikot boikot boikot boikot Petronas amik seposen Cik Iman! Bagi balik seposen Cik Iman!

-----------------------------------


10 comments:

  1. tak patut la, walau seposen,herm :(

    ReplyDelete
  2. 10 sen pun duitkan.,memang nilainya kecil..tapi secara tidak langsung ianya mencacatkan nilai yang besar dan penting iaitu nilai kejujuran..

    ReplyDelete
  3. sbar ye iman...tak berkat pun kalau buat bergitu

    ReplyDelete
  4. haha kelaka la cik iman ni..agaknya cik iman salah tengok kot harganya..

    ReplyDelete
  5. suka jugak susu hl, hl lagi sedap dari dutchlady, pd sy lah.huhu

    ReplyDelete
  6. tengah dok kalut kot masa tu. ^^

    ReplyDelete
  7. Sama..suka susu tu sgt2..trutama masa pregnant dulu..
    errr..seposen pon duit tao..

    ReplyDelete
  8. takpalah cik iman. Niat sedekah dapat pahala hihihihi...

    kak anim pernah kerja dengan petronas sebelum buat biz shaklee shaklee. Kena report kot ni. Itu baru satu barang..barang2 lain macamana tu?

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...