Friday, October 24, 2014

Botol Simpan Susu Autumnz - Sebuah Cerita Seram

Hari tu Cik Iman ada beli satu set milk storage jenama Autumnz, beli yang 10 bijik punya sebab murah berbanding jenama lain. Dok baca review-review mak-mak kita kat blog, dengan kondifennya Cik Iman beli, kononnya ini la pembelian yang terbaik Cik Iman buat. Kan?

Sekali ...

Sealing disc dia tak leh tutup rapat. Ingatkan satu botol je yang macam tu. Semuanya tak rapat. Wadepak.


Nak dijadikan citer, hari tu Cik Iman panaskan botol susu nie dari periuk berisi air. Pas dah panaskan, Cik Iman alihkan la periuk berisi botol Autumnz nie ke sinki. Sekali botol jatuh. Air susu bercampur air panas dalam periuk. Menjerit Cik Iman dalam dapur hari tu. 

Geram tau tak. Boleh pulak sealing disc tu terbukak time-time kritikal nie. Anak aku nak minum susu laa.

So, selepas kejadian yang menyayat hati dan disebabkan dah beli banyak, takkan nak buang lak. Cik Iman terus letak selotap kalis air (duct tape) macam nie kat semua penutup Autumnz. Baru puas hati Cik Iman. 

Kesimpulan: Check dulu sealing disc pada botol jenama tertentu tu tutup rapat ke tak. Kalau tak, menangis korang tengok susu bercampur air. Sedih tau. 

Sekian terima kasih.

---------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...