Sunday, November 16, 2014

Anak Bulus Crochet 2

Hari tu Cik Iman ada cerita pasal kawan Cik Iman sorang nie yang buat accesory crochet yang terlajak comel. Boleh rujuk post nie kalau rajin la kan agaga. Masa buat post tu, Cik Iman baru order, belum siap lagi barang. Sekarang dah siap barang, dah bayar sume, meh Cik Iman tunjuk kat korang. 


Keychain kucing nie sebenarnya nak bagi kat adik Cik Iman yang nak nikah bulan depan tapi Cik Liana cakap kalau beli lebih sikit, postage free. So apa lagi, sambar lagi satu keychain kucing lain untuk adik sebab Cik Iman suka keychain kucing yang telinga pink nie (buruk siku sungguh Cik Iman nie)


Keychain kucing beli dari Cik Liana. Keychain "Diabetic" tu hadiah dari best friend Cik Iman a.k.a kakak Cik Liana sendiri. Apasal tulis Diabetic? Nak bagitau satu dunia la kita ada diabetes. Tu je la kot. Mana tahu Cik Iman tiba-tiba pengsan ke, tolong la bawak hospital ek. 


Credit gambar: Cik Liana

Cik Iman order topi baby warna putih tu dengan bow biru, heart warna merah dan bunga kuning, nak jadikan hiasan atas topi tu. 


Tapi Cik Iman pakaikan pin tu sendiri sebab masa Cik Iman mintak Cik Liana pakaikan pin, dia dah bungkus cantik gini haa. Tapi tak kisah la kan, boleh buat sendiri pun. Pin kat rumah banyak je.


Gambar casing phone Cik Iman sebelum dibling-blingkan. Sekarang kucing Reno tu jadi peneman casing phone. 


Setiap pembelian Cik Liana akan sertakan ayat-ayat al-Quran sebagai peringatan untuk kehidupan korang. 


Accessory yang bakal jadi pin tak lama lagi.


Ada citer pasal topi nie. Kakaknya Cik Liana hari tu datang ziarah Iman Jr (sebab nak gomol dia macam kucing) sambil bawakan barang-barang order nie. Sekali pakaikan topi tak muat lak pala dia. Iman Jr dah jerit semacam dah. Kena la bawak balik kat Cik Liana selepas diukur saiz kepala Iman Jr. Cik Liana hantar pakai pos laju dan nasib baik la muat kaw-kaw.


Nie dia keychain kucing untuk adik Cik Iman. Beli yang putih sebab sinonim la putih dengan pengantin baru kan? Kan? Kan?


Dan Cik Liana takkan lupa sertakan ayat-ayat al-Quran bersama setiap pembelian.


Ini dia model tak berbayar Cik Liana (ceh enter frame sungguh budak kecik nie)


Model nie mentang-mentang la tak bayar, free of charge punya perkhidmatan, dia gi golek sana golek sana. Susah nak amik gambar. Dia pike "suka hati la nak golek ke apa, omma dah bagi susu ke belum haaa"


Jelir lidah pulak. Sabo je la omma.


Credit gambar: Cik Liana dan anak patung Mawmot-nya

Patung yang Cik Liana pegang tu dia sendiri yang buat tau, jangan terkejut lak. Banyak lagi anak patung yang di-display kat Instagram Cik Liana. Cekidaut~

Apa-apa pun, Cik Iman boleh dikatakan perkhidmatan Cik Liana sangat da best da bomb da cantek menarek tertarek punya. Selain barang yang sedia siap, dia juga ada perkhidmatan buat barang custom ikut citarasa korang (macam topi baby Iman Jr tu). Kalau ada yang tak betul ke, korang boleh pulangkan balik untuk dibetulkan. 

Baru-baru nie juga Cik Liana buat anak patung comel-tomey untuk diberi kepada anak-anak Syria yang ditempah khas. Best tak.



So apa lagi? Kalau berminat, sila la berasap-asap dengan Cik Liana untuk tempahan atau boleh tengok-tengok barang yang sedia ada di Instagram Cik Liana ye kalau korang nak usha dulu~

-------------------------

9 comments:

  1. Salam...

    Singgah,komen n terus folow...uiii tomeinya model tu...hee3...

    ReplyDelete
  2. alahai cute nya lah keychai tu.. topi tu pun lawa, lagi2 bila baby tu sarung topi tu.. geram je tengok T-T

    ReplyDelete
  3. alolo..tomeynyer.. kretifnyer betul..

    ReplyDelete
  4. wah comelnya anak bulus telinga pink. nak beli jugek.. haihhh tergoda truihh ><

    ReplyDelete
  5. Comelnyer!Nak nak yang baby tu pakai, kalau dah ada baby mesti dah beli hehehe

    ReplyDelete
  6. semua comel.. best nye klu dapat.. kikikiki...

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...