Friday, November 28, 2014

Pakai Bayi

Sejak dua menjak nie, Iman Jr dah makin berat. Semalam gi monthly check up, hambek kau, 5.2kg beras jadinya. Ibarat angkut tong isi beras hari-hari. Lenguh tangan omma hang nie Iman Jr oi.


Nak buat macam mana omma, kitew minum susu banyok. Musti la berat doh *gaya seorang pendebat*

So sejak dua menjak nie jugak la dok usha baby carrier. Nak beli Boba RM400 lebih tu memang tak mampu. Tengok option lain. Tapi disebabkan baru-baru nie ada kes baby 4 bulan jatuh sebab tali carrier terputus, jadi tak kondifen lak dengan baby carrier nie. Selain baby carrier, Cik Iman tak terpike pun pasal ring sling, baby wrap atau cara gendong stail lama. Nampak baby carrier aje dalam otak nie. (sempitnya pemikiran Cik Iman kan kan kan)


Pakai dalam mimpi je la Boba~

Pastu adik Cik Iman suggest pakai kain batik macam mak-mak kita dulu. Taip la Youtube, keywordnya "gendong bayi guna batik", keluar la video nie: 


Adik Cik Iman pun apa lagi, pegi amik satu kain batik yang tak berjahit pastu suh Cik Iman try. Tapi kain batik nie pendek la daripada yang video tu punya, tapi boleh la kan. Pastu Cik Iman bawak Iman Jr gi jalan-jalan kat rumah. Pergh, kalau Cik Iman tahu leh guna kain batik, baik tak yah beli baby carrier. Pastu adik Cik Iman try gendong Iman Jr pakai kain batik. Dia pulak yang terlebih excited.


Credit gambar Jom Gendong

Pastu Cik Iman terpike, leh kot guna kain selendang pashmina yang Cik Iman dah tak pakai tu (pakai sekali sekala je pastu gi pakai tudung berjahit balik sebab malas nak lilit bagai). Cik Iman pun gendong Iman Jr pakai pashmina. Boleh gak! Best giler. 

Pasnie senang ler nak buat keje rumah. Iman Jr lak memang tak suka dibaringkan, nak berdiri aje. Yes. Selesai masalah Cik Iman. Yahoo!

----------------------------------------

3 comments:

  1. ni stail orang2 lama. orang zaman skg semua nak cara moden je. hehehe ---kerusiburok---

    ReplyDelete
  2. Nak belajar babywear ke. Join la group baru best. Kes ssc yg tali putus tu sebab dia beli yg fake punye. Kalau ori x pernah ade kes lagi rasenye. Nak beli biar yg kualiti. Nyawa anak tu.

    ReplyDelete
  3. kita dah ade few koleksi dh..haha. yg first beli boba 4g tu. tgh mengarang entri baru pasal babywearing ni.

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...