Friday, November 28, 2014

Lebur Hatiku

Tadi Cik Iman pegi IOI City Mall, baru je bukak 20 November hari tu, tapi baru ada masa nak pegi tadi. Gambar bawah tu sekadar hiasan je. Menara tu sebenarnya belum siap pun, leh tengok dekat dan nampak la menaranya yang masih berlubang tak de dinding. Dibuka pun pada bangunan yang rendah tu. 


Credit gambar The Star

Masuk dalam parkingnya, masya-Allah, penuh sudah. Tahu le opening week, mesti la barang ada diskaun kan. Time diskaun je la korang datang ye. Cik Iman pun drive la ke sana-sini sampai ke hujung dunia semata-mata nak cari spot yang dekat dengan lif atau tangga. Alhamdullillah, jumpa la lif yang bila kita naik ke lower ground, ada Pappa Roti kat sebelah kiri, Tesco kat depan kita. Mula la pengembaraan Cik Iman iaitu window shopping wawawa.

Dah nama opening week, memang banyak kedai yang tawar diskaun. Itu ikut korang la, nak beli handbag mahal yang korang sangat-sangat idamkan tu ke, apa ke. Cik Iman tak berapa minat sangat. Yang Cik Iman tahu, makanan dan barang baby je yang penting. 

Selepas terbabas ke beberapa kedai yang menjual barangan Hello Kitty (pensel box pun dia jual RM59.90 Gilo), ternampak la satu kedai ibu dan anak. Sejak jadi mak orang nie, pantang sungguh nampak kedai ibu dan anak. Masuk la Cik Iman ke dalam kedai tersebut. Benda pertama Cik Iman of course la tengok-tengok barang. Tak sah tak merayau satu kedai dulu. Pastu terjumpa la shaker comel nie. 


Harga asal RM19.90 tapi bayar RM15.20 sebab minggu opening kan. Rupanya macam tongkat Sailormoon pun ada.


Omma nak suh kitew jadi Sailormoon ke? Oh tidak! *sambil menghisap susu* OMNOMNOM


Padahal semalam baru je beli teether Anakku nie ekekek (maknya yang terlebih excited nak beli mainan lak) RM9.90 je.

Dah beli, pegi lak Tesco beli roti, air yogurt, KitKat dengan Mister Potato. Nak kuar parking tu alahai, pusing dua tiga kali baru nampak matahari. Padahal dah ikut dah signboard nak keluar. 

Balik rumah, kena la jaga Iman Jr kan. So amik la KitKat tu masukkan dalam poket baju Cik Iman. Jaga Iman Jr, memang dah tak ingat dah pasal KitKat tu. Time Iman Jr tido, Cik Iman pun tido.


Credit gambar JunkFoodBetty

Terbangun balik pun sebab Iman Jr menangis. Dah tenang semua, Ya Allah! KitKat tadi ada dalam poket. Alaaa dah cair. Sedihnya. Masuk la dalam peti sejuk bagi keras balik. Tapi bentuk dia dah tak cantik la kan. Pedulik apa. Makan tetap makan ekekeke. Sedap je.

----------------------------

1 comment:

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...