Saturday, November 8, 2014

Selamat Tinggal Kenangan Ninjaku

Baru-baru nie keluar berita siri Naruto akan akhirnya ditamatkan selepas 15 tahun diterbitkan. Apa perasaan Cik Iman selepas dengar berita tu?

Serious nak nangis. Sebab Naruto la penyebab Cik Iman masih hidup sampai ada anak nie. 


Cik Iman start terjebak dengan Naruto nie tahun 2006 selepas kawan Cik Iman kenalkan siri nie pada Cik Iman. Time tu tengah sibuk nak exam SPM rasanya. Boleh pulak terminat Naruto time tengah nak jawab soalan SPM agagaga. Cik Iman bukan tak minat anime atau manga lain tapi entah apasal Naruto masa tu ada tarikan dia sendiri (jangan lupa Naruto nie dulu terlajak popular sampai tenggelam manga-manga lain)

Time tu boleh kata Cik Iman sangat obses dengan Naruto sampai aksesori dan merchandise Naruto pun Cik Iman kumpul (mana entah button Sasuke yang Cik Iman dok bawak masuk bilik exam tu, rindu la pulak). Kawan Cik Iman nie penah hadiahkan satu patung Naruto kat Cik Iman tapi tak tau la kat mana patung tu skang. 

Keobsesan Cik Iman jadi tak terkawal sampai ke tahap Cik Iman cakap kat sepupu Cik Iman yang Cik Iman nak jadi ninja yang berjaya (serious Cik Iman cakap gitu kat sepupu Cik Iman agaga Entah dia ingat ke tidak apa yang Cik Iman cakap. Malu siak ingat time bodo-bodo dulu) Nie time umo Cik Iman lebih kurang 17 atau 18 gitu (dah tak betul dah mak Iman Jr nie)


Bukan setakat kumpul barang-barang Naruto, Cik Iman juga pernah melukis fan art Naruto. Tapi sekarang dah tak de dah lukisan tu semua. Dah buang sebab buruk sesangat (tak sama macam Kishimoto Masashi lukis kan~)

Naruto nie seolah-olah tempat Cik Iman lari dari realiti dari tension sebab study dan buat assignment kot. Orang lain cari ketenangan dengan sembahyang, kita gi kat Naruto lak. Bodo la Cik Iman nie. 

Tapi nasib baik la Cik Iman "pulih" dari keobsesan nie sebelum melarat. Kalau tak, mungkin dah ajar anak main baling shuriken ala ninja lak kang tak pasal-pasal. Tapi tak bermakna Cik Iman tak minat terus. Minat ada tapi jadi peminat yang lebih matang la kan. Tetiba dah nak habis dah citer nie. Siap ada anak-anak lak main character dalam citer nie. Nak kata betapa tuanya Cik Iman. Dah ada Iman Jr dah pun. 

Argh emotional pulak Cik Iman hari nie. Rasa macam hati Cik Iman kena tebuk dek kunai yang dipakai ninja. Tapi sesuatu yang bermula mestilah berakhir satu hari nantikan.


Terima kasih Naruto sebab jadi peneman Cik Iman time muda yang gila-gila dulu. Cik Iman takkan lupakan kamu. Peluk ketat-ketat. 

p.s: Sebab Naruto la kot Cik Iman suka makan ramen. 

------------------------

3 comments:

  1. patutlah newsfeed fb ku penuh update pasal narutooo jeee

    ReplyDelete
  2. power ahhh....ingt laki je yg minat anime..hehe.. t boley smbung an anime lain plak.. onepiece, bleach, slumdunk dll :p

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...