Pada suatu hari, seorang budak makan nasik dan ikan goreng yang dimasak oleh ibunya pada waktu tengah hari. Tapi entah kenapa hari tu lain sikit jadinya. Nak dijadikan cerita, budak nie tercekik tulang ikan dan merana selama beberapa hari sebab tulang tu melekat kat tekak dan tak mau keluar walaupun macam-macam dah buat. Telan kepal nasik dah, telan air banyak-banyak dah. Tak tau la bila tulang tu terkeluar.
Dan disebabkan itu, budak nie trauma tak mau makan ikan. Bukan tak suka ikan, tapi tulang ikan yang melekat kat tekaknya menghantui sepanjang hidup. Kalau ada orang tolong pisahkan tulang dari daging ikan tu, dia akan makan kerana rasa lebih selamat. Nak pisahkan tulang dari ikan tu, dia tak percayakan diri sendiri. Takut tercekik lagi.
Budak nie dah besar pastu kawen dan dapat anak. Time pantang, dia terpaksa makan ikan bakar sebab banyak pantang-larang yang entah hapa-hapa. Memang pasrah budak nie melalui time pantang nie. Ye la, nak sembuh lepas beranak. Ikan aje hari-hari. Balik-balik muka ikan gak dia dok ngadap.
Tapi kali nie entah kenapa terjatuh cinta pulak dengan ikan selepas dah makan hari-hari. Dulu kuat makan ayam. Sekarang tengok ikan pun meleleh.
Cuma ada la beberapa jenis ikan yang terlampau banyak tulang yang budak nie tak berapa nak makan sebab susah nak keluarkan tulang banyak-banyak. Tak pasti ikan apa, yang warna merah, bersisik-sisik tu. Ikan tu memang budak nie tak mau ikan. Paksa la macam mana pun, orang tolong keluarkan tulang pun, budak nie tak nak.
Walaupun dah suka makan ikan, budak nie takkan lupa pengalaman tercekik masa dia kecik dulu.
Budak nie diberi nama Cik Iman.
------------------------------
lor...trauma punya pasal..hehee
ReplyDeletehahaha ina pun pernah tercekik tulang then insaf nak makan ikan lepas tu.. btw dah okay dah skrg alhamdulillah ^^
ReplyDeletehai cik iman! ni sama dengan pengalaman adik saya. akhirnya tak suka makan ikan (tapi fish n chips suka, kekeke).
ReplyDelete