Thursday, December 11, 2014

Tutorial: Modify Hood Pada Baju Baby

Semalam ibunda Cik Iman beli baju baby untuk Iman Jr (semalam pun Cik Iman beli baju untuk dia tapi Cik Iman tak bagitau la ibunda kan, senyap-senyap beli ekeke), salah satu baju tu  baby suit yang cover full body kecuali tangan dan kepala, cumanya baju nie ada hood. Ibunda beli sebab konon nak ajar Iman Jr tutup aurat time kecik-kecik (macam la Iman Jr paham). Layan je la ibunda kan.

Tapi dia macam tak suka pulak hood tu tak cover telinga Iman Jr. So Cik Iman pun modify la baju nie supaya ibunda puas hati.


So hari Cik Iman nak modify hood baju nie, yang asalnya macam nie ...



... kepada jenis cekak gini. Senang je. Tak de jahit apa-apa (mungkin ada jahitan, bergantung pada jenis hood tu)


Untuk modify hood bayi korang, korang perlukan tali. Nak guna apa-apa jenis tali pun boleh, tali kasut, tali rafia, be creative tapi digalakkan guna yang jenis kain. Ye la, baby kot. Kena la lembut kalau nak ikat kat leher baby.


Korang perlukan gunting. Gunting kain, gunting kertas, ikut korang la, asalkan boleh gunting baju tu. Nak pakai pisau pun boleh. Gigi pun boleh kalau gigi korang kuat la.


Dan of course, kena la ada baju yang berhood tu. Kalau tak, sia-sia Cik Iman buat tutorial nie.


Korang jugak perlukan sebatang straw. Kecik boleh, besar pun boleh. Yang Cik Iman guna nie jenis yang besar.


Mula-mula tengok dulu jahitan kat hood baju, biasanya kat tepi hood dia buat lipatan, so mesti ada jahitan yang membentuk ruang untuk masuk straw. Pastu check ada tak jahitan lurus gini. Kalau ada, korang tak perlu jahit, senang dah keje korang. Kalau tak de, korang kena jahit supaya leh masuk tali yang kita sediakan tadi. Pastikan korang sediakan ruang supaya straw leh masuk time korang jahit.


Dah ada ruang tu, guntingkan sedikit lubang kat belah dalam baju. Gunting belah dalam lagi afdal sebab tak nampak la koyakan tak cantik nie ekekekek. Buat lubang untuk kedua-dua bahagian hujung hood tu.


Check muat tak straw korang nak masuk dalam lubang tu. Biasanya baju leh stretch so insya-Allah tak de masalah nak masukkan straw.

Kenapa kita perlukan straw tu? Sebab susah nak masukkan tali ke dalam ruang tu sebab tali kita lembut, so straw nie digunakan sebagai alat pembantu.


Satu cara nak gunakan straw nie adalah dengan memasukkan tali dalam straw, tu pun kalau straw korang besar la.


Tapi kalau tali korang tak muat dalam straw kecik, buat lubang kat straw tu macam nie.


Pastu masukkan tali macam korang letak benang dalam jarum. Senang kan.


Apa tunggu lagi, masukkan straw yang korang dah letakkan tali tadi ke dalam lubang yang kita dah buatkan tadi.


Tarik kain ke straw perlahan-perlahan.


Tarik sampai ke hujung lubang yang lagi satu.


Tarik sampai ke luar hood.


Keluarkan tali dari straw dan adjust panjang tali korang bagi seimbang. Jangan sebelah terlebih panjang, sebelah terlebih penting.


Hujung tali tu korang ikat jadi bola, nak elakkan dia terkeluar dari lubang tu. Kang susah nak cari straw lagi. 


Ini dia mangsa model kita untuk hari nie. Lagi sekali Cik Iman tunjukkan hood yang asal sebelum di modify (Iman Jr sempat posing maut untuk korang)


Dan ini dia hood yang kita modify. Siap buat reben tali tu.


Pandangan sisi hood yang dimodify.


Dah macam Teletubbies pulak Cik Iman tengok. Sabo je la. Nasib baik Iman Jr comel. Memang macam Teletubbies pun dia nie ekekeke.


Tinkie-Winkie~ Dipsy~ Lala~ Po~

Apa-apa pun, selamat mencuba~

----------------------

5 comments:

  1. aaaa..bijaknye cik iman ni!!! selama ni nak pasang langsir gigih jugak siap ikat kat pensel laa , pen laa..last2 kat tengah tu tercabut..kena keluarkan balikkk.. yess..pasni minum cendol kat mamak, kite nak simpan straw besar ni.. beheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa, apasal guna pensel dengan pen agagaagga

      Delete
  2. alahai comelnya baby jadi model... kreatif..lenkali boleh cuba :)

    ReplyDelete
  3. Thanks cik iman..len kali pakai straw masukkan tali..sy selalu guna pin dawai tu je..kreatif..

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...