Tuesday, December 2, 2014

Jam Kain

Cik Iman jenis tak suka pakai jam tangan sebab tangan Cik Iman cepat berpeluh, tau je la dah kena permukaan besi jam tu, mesti basah. Rimas ae. Bukan tak pernah pakai sarung tangan tapi kadang-kadang hilang gak sarung tangan tu sekali dengan stoking agagaga. So apa yang Cik Iman buat, kebetulan satu hari tu Cik Iman terjumpa DIY kat mana entah, gantikan bahagian strap tu dengan kain. Senang je. Boleh korang tukar-tukar gaya, tak de la asyik pakai jam tangan sama je. Bosan ae.

Tapi kalau korang sayang jam korang, tak payah la baca post nie ye. Sakit mata kang.

Mula-mula mesti la korang kena ada jam kan. DIY nie takkan jadi dengan jam Rolex atau strap yang diperbuat daripada material yang tak leh dipotong langsung. Kalau getah macam kat bawah nie, yes, boleh. Jam RM10 je pun. Ekekeke.


Pisahkan strap dari tempat bersambung dengan badan jam.


Nie rupanya bila dah dipisahkan.


Apalagi, masukkan tali kat ruang kecik tu. Pastikan material tali licin dan nipis. Kalau tebal dan permukaan kasar sangat, tak leh masuk.


Buat satu loop macam gambar kat atas.


Dah siap! Senang je kan?


Nie cara Cik Iman pakai jam tangan. Sangkutkan tali yang part panjang tu kat loop yang kita buat tadi pastu tarik.


Lebihan tu korang pusingkan kat pergelangan tangan dan masukkan hujung tali kat dalam ataupun ikat kalau korang rajin. Nak lebih rajin, buat la apa-apa ikatan kreatif ikut citarasa korang. Cik Iman jenis nak cepat je ekekeke


Tali nie sebenarnya tali seluar pajama tapi dah terkeluar dari seluar. Daripada dibuang baik Cik Iman guna.


Bukan setakat tali je, kain handkerchief atau kain perca pun korang leh guna. Tapi pastikan material kain tu nipis dan licin. Baru leh masukkan dalam lubang tu. Kalau tak, leh tersangkut. Rosak kain nanti.


Nie rupanya kat bahagian belakang jam.


Macam guna tali tadi, pusingkan kat pergelangan tangan dan masukkan hujung kain kat dalam. Siap! Insya-allah leh serap peluh tak bagi banjir rumah.

Dah boleh bergaya kat IOI City Mall dah jeng jeng jeng poyo nak gi IOI City Mall omma Iman Jr nie

---------------------------

2 comments:

  1. amboooiii.. berselirat tp cantik nak pandang.. kreatipp ekk.. yan bukan x suka pakai jam.. xde masalah pon peluh2 ke hape.. tapi masalah selalu lupa nak pakai.. hahahaha..

    ReplyDelete
  2. wahh ....!! kreatif. jadi cantik lg anggun jam nya....

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...