Keadaan jadi agak sunyi sejak adik beradik Cik Iman sambung belajar kat tempat yang berbeza selepas amik SPM. Berjauhan masing-masing. Sorang kat hujung negara, sorang kat tengah negara, sorang kat situ, sorang kat sana. Masing-masing buat keje sendiri. Bertambah sunyi lagi selepas arwah Abah meninggal. Semacam tak lengkap rasanya masa tu. Kosong sungguh hati kitorang masa tu.
Tetiba datang minah nie.
Uik omma kutuk kitew ke?
Budak nie masa mula-mula sampai kat rumah kitorang, dia suka betul bangun 2,3 pagi time orang tengah nyenyak tido. Dok perintah satu rumah bangun. Pastu tak nak tido balik. Dalam satu jam gak ler kena nyanyi dan selawat macam-macam (nak suh kitorang qiamullail kot, ye la nak ingatkan orang suh banyakkan ibadat). Banyak kali gak kitorang rasa tension sebab kitorang ngantuk pastu dia nak stay up lak. Time siang dia tido pulun-pulun. Bergilir gak dengan family nak jaga dia kalau tak cukup tido, sakit kepala ke apa. Pastu tension lak sebab dia taknak direct feed. Belum ada breastpump sebab jahil sangat time tu. Basah lencun baju tiap malam.
Tapi entah kenapa rasa macam bahagia sangat bila dia ada. Kitorang ada masalah setinggi gunung pun, bila tengok mata terbeliak dia, langsung tak rasa stress. Dia nangis kuat-kuat pun tak stress. Lagi kita gelak ada la (tapi of course kena tenangkan dia, stopkan dia dari menangis, kang sawan lak)
Tadi ibunda Cik Iman bawak budak nie gi nursery. Tetiba macam awkward pulak rumah kitorang. Betul-betul rasa macam masa arwah Abah meninggal dulu. Dah biasa dengar dia merengek, menangis, dok AAA UUUU AAWW EWWW, tetiba sunyi sepi. Adik Cik Iman nak masak pun rasa semacam tak kena tak de budak nie. Rasa tak tenang langsung. Padahal bila kita riuh rendah, otak serabut macam wayar charger bergumpal.
Malu la kitew omma ekeke
Dari hari dia hanya tahu cakap "eh" sampai la keluar bahasa German, bahasa Korea, bahasa Spanish, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa AAA AAUUWWW EWWWW OOOOOHHHH dia, dair hari dia hanya leh angkat tangan sahaja sampai ke tahap leh angkat kepala, angkat kaki, angkat punggung, dari tak tau nak buat dengan jari sampai la dia gi makan jarinya sendiri, semuanya dah kitorang tengok. Betapa cepatnya masa berlalu. Betapa lajunya dia belajar untuk kenal ahli keluarga kami. Siapa kami untuk dia. Dari otak yang kosong sampai la diisi dengan kenangan dan pengetahuan.
Agaknya tu sebab kot orang cakap bayi baru lahir nie datang dari syurga, bau pun dari syurga. Rasa tenang sangat bila dia ada. Arwah Abah pun tak nak kitorang bersedih lama-lama. Ada hikmah kot Allah hantar budak kecik nie kat dalam rumah kitorang yang dah lama menyepi.
Syukur ini untukMu, Ya Allah.
--------------------------------------
Masa saya dalam pantang; fobia btol bila dengar baby nangis. Sebab nangis dia akan meleret2. Tapi skang klu bgun tgh mlm pn kita akan agah dia. Padahal dia nk menyusu je pn. Bkn nk melayan ibu dia. Huhuhu...
ReplyDeletedia pedulik hapa. yang penting perut kenyang ekekeke
Delete