Friday, December 5, 2014

Majlis Aqiqah dan Tahnik di Masjid Besi

Walaupun tajuk yang diberi macam tu rupa, tetapi malangnya Cik Iman tak dapat tangkap gambar majlis tahnik Iman Jr sebab ramai lelaki dan adik lelaki Cik Iman lak entah gi mana time semua orang sibuk bertahnik so ibunda terpaksa mintak tolong sorang hamba Allah nie yang dah ada dua anak untuk tolong bawakan Iman Jr kat tok imam untuk ditahnikkan. Sedih tak. 

Tapi tak pe la. Banyak lagi gambar lain yang boleh ditangkap.


Contoh macam memberi Iman Jr main bola tapi dia gi makan lak bola tu ades. Orang suh buat benda lain, dia buat benda lain. Ingat nie burger McD ke. Tahu makan aje minah nie. Sejibik macam omma dia ekekeke.


Nie dia dah menyampah dah dengan bola tu. Ditepisnya bola. Huh, pandai pilih mainan kau.


Adik Cik Iman buat aksi Lion King. IT'S THE CIRCLE OF LIFEEEEEEEEEEE~


Time nie tok imam tengah doa selepas majlis tahnik. Lupa apa nama dia, ada nama, tak berapa nak ingat. Adik Cik Iman tengah ajar Iman Jr cara nak berdoa. Tapi dia ingat tangan dia leh makan.


Nie dia mak sedara Iman Jr yang terlampau sayang kat anak menakan yang cute miut nie. Rasanya dia yang terlebih keibuan daripada Cik Iman. Cik Iman nie bab bagi susu badan je pandai, benda lain adik Cik Iman yang nie yang lebih sifat ibunya.


Time isyak masuk, dia tido jap. Tapi bangun balik bila kitorang dah abis semayang. Masjid besi biasanya sediakan makanan malam Jumaat so kitorang pun gi la makan daging aqiqah malam tu siap tapau lagi daging satu bekas tupperware.

Pastu ada aksi yang mencemaskan di mana Cik Iman bagi mak cik guard pegang Iman Jr pastu dia gi bawak ke meja tempat guard-guard duduk. Bukannya dekat tempat makan kitorang so Cik Iman follow la mak cik guard. Mana leh biar orang bawak anak kita jauh-jauh. Terpaksa bersangka buruk dengan semua orang kalau bab anak.

Moral of the story: Walau dalam tempat ibadah pun jangan lalai jaga anak ye sekian terima kasih~

-------------------------

5 comments:

  1. comelnye cik iman.....heeee
    ermm makann je kejenyee yeee..hee

    ReplyDelete
  2. iman jr behave bagus sgt.. kalau si Irine adeh..skrg memg nk solat kat masjid, singgah kat mana2 kena gilir2 dgn husband.... die x boleh laa..x behave langsung..suka jerit..ngee

    ReplyDelete
  3. Ohhh comelnya Iman....Anak anak okje pun nama Iman jugak!

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...