Monday, April 27, 2009

Suara Yang Betul-Betul Suara


Dari dulu sampai sekarang aku selalu ingat suara aku nie merdu (adeh perasan la pulak). Tapi satu jer yang aku tak suka pasal suara aku. Ia tak lah semerdu mana bila kita dengar betul-betul dengan telinga kita. Selama nie kita menyanyi sorang-sorang sebab perasan suara kita memang sedap tu sebenarnyer mainan otak jer.

Tu yang ramai yang pi audition Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainyer. Sebabnyer tak sedar diri. Selepas gagal audition pun diorang boleh lagi pike yang judges dah buat kesilapan besar. Buat apa la diorang tipu. Memang dah suara sumbang. Kalo masuk TV memang malu besar la sebab asyik kena ejek jer. Lagi la haru.

Kita menyanyi sorang-sorang memang kita rasa suara kita sedap. Cuba tanya orang lain, sedap ke. Biasanyer peratusan suara sama dengan apa yang kita rasa kita dengar sendiri sangat tipis. Kalau nak tahu sendiri pun boleh. Cuba record suara kita masa kita menyanyi. Kita pun rasa geli dengar suara kita sendiri.

Dah dua kali dah aku record suara aku. Memang hampeh. Ingatkan dengan suara nie boleh la pi audition mana-mana ke ekekeke. Sekali ....

Suara aku kalau aku dengar dengan hati macam Gwen Stefani (eceh) kononnyer laaa. Tapi kalo aku dengar suara aku yang di-record, suara aku sebenarnyer suara macam budak kecik. Geli gelaman aku dengar suara sendiri. Tak caya aku suara aku macam tu XD

Kawan aku masa sekolah agama dulu pernah cakap suara aku macam kartun. Masa tu aku tak percaya cakap dia. Entah bila entah aku sedar suara aku memang macam kartun, dah lama sangat kot.

Tapi aku rasa aku tahu apa kelemahan suara aku. Aku tak pandai tahan nafas. Bila kita tak pandai tahan nafas, bila kita record suara kita, kita akan dengar nafas kita dalam recording tu. Tu yang tak sedap tu. Tu sebab penyanyi buat latihan yang mengarut-mengarut yang kita tengok dalam Akademi Fantasi dengan One in a Million tu. Memang ada sebab kenapa diorang buat benda-benda macam tu.

Lagi satu, bila kita nyanyi, kita takkan nyanyi slow, unless lagu tu memang slow. Tapi kebanyakan lagu irama dia cepat, baru habis satu lirik dah kena nyanyi lirik seterusnya. Tak sempat nak bernafas pun. Bila dah tak leh bernafas, perut jadi kecut so lagu jadi sumbang lak. Aku dah buat dah experiment tu. Memang betul.

Kalau suara aku pun aku geli, inikan pulak orang lain. Yang aku menyampahnyer, orang tu tak pernah sedar diri. Nak cakap kang kecik hati tapi memang hampeh la. Bila la nak matang. Grow up la bangang.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...