Thursday, April 30, 2009
Koleksi Kasut Aku
Aku sangat la berbangga dengan koleksi kasut aku nie walaupun sikit tapi at least aku ada la juga kasut/selipar niew. Ngeh ngeh ngeh.
Kasut nombor 1 tu aku beli kat Jusco Puchong, masa tu aku tumpang umah roommate sebab IPT aku tak de air. Hampeh. Malam tu tak de air sampai ke pagi, so kitorang lari la balik ke rumah masing-masing. Sampai 2 kelas kena postpone. Kasut nie memang boleh kata selalu pakai. Sebab dia diperbuat daripada getah, kaki aku muat pada bila-bila masa jer dan sangat selesa. Sesuai dipakai masa hujan. Tak basah, tak rosak. Tapi kasut nie tak sesuai pakai masa time panas, sebab dia diperbuat daripada getah so dia serap haba. Kalo cuaca panas, kasut tu panas, kalo cuaca sejuk, dia sejuk. So kalo letak bilik dalam bilik yang ada air-cond, memang best. Sejuk jer kaki hehe.
Kadang-kadang tu aku boleh berlari nie kasut nie macam kasut sukan. Siap pakai baju kurung lagi tu. Apa nak malu. Redah jer. Aku kan ganazzzz.
Jenama kasut nie Asadi. Agaknyer la. Popular kan jenama tu. Memang best.
Kasut nombor 2 tu aku beli kat Johor Bahru dengan Umi. Aku dah lupa kat shopping complex mana. Kadang-kadang jer aku pakai kasut nie sebab terlebih besar pulak kasut nie. So kena pakai stokin supaya tak tertanggal. Tapi aku suka sangat kasut nie. Cute. Cuma dia tak de support kat atas so mudah tertanggal. Nak-nak pulak saiz dia besar sikit daripada kaki aku.
Most of the time, aku biarkan kasut nie berabuk. Kesian dia.
Ada la sorang kawan aku cakap kasut nie macam kasut Sailormoon. Ekeke. Bagus juga tu.
Selipar nombor 3 tu aku beli kat Jusco Puchong, sekali dengan kasut pertama tadi. Aku ingat nak beli selipar jalan-jalan sebab yang lain satu dah buruk so aku beli la. Memang lawa corak dia masa mula-mula beli tapi sekarang corak dia dah dijahanamkan sebab banyak berjalan.
Yang paling aku tak sukanyer dia punyer tapak tu boleh haus cepat. Nie roommate aku punyer pasal la nie. Hari tu kasut dia punyer tapak tertanggal so dia pinjam aku punyer selipar. Aku suh jangan heret, tak mo dengar. So kalau lantai licin atau waktu hujan sure tergelincir. AKU NAK KO GANTI BALIK SELIPAR AKU, BANGANG! Aku tak kira!!!
Aku sayang selipar nie sebab aku pakai selipar nie masa Abah dikebumikan kat Kelantan. So banyak kenangan dengan selipar nie.
Kasut nombor 4 nie dah lama aku tak pakai sebab dah rosak. Aku beli kasut nie kat pasar malam kat Johor dengan Umi. Comel giler, dah la berkilau. Aku pulak suka benda-benda berkilat macam nie. Tapi kena pakai stokin juga kalau nak pakai kasut nie sebab tepi-tepi dia tajam sikit. Sayang sangat kasut nie tapi riwayat hidup tak panjang.
Citernyer macam nie, aku gi pasar malam dekat IPT aku tu, tapi hujan lebat la pulak. So berendam lama la kat dalam lopak tu menunggu hujan berenti. Hampeh giler. Esoknyer aku pakai, tapak dia masih melekat, tapi malamnyer dia tertanggal. So aku berjalan ke asrama aku pakai stokin jer. Kesiannyer aku.
So tamat sudah citer kasut nie. Tapi aku masih simpan kasut nie sebab terlampau sayang.
Kasut nombor 5 tu sebenarnyer Umi yang punyer tapi sebab susah nak berjalan dengan kasut tu so dia kasi aku. Mula-mula tu aku malu-malu kucing la, aku cakap "Umi tak nak ke? Tak pe la Umi ... " Selepas sebulan Abah meninggal, aku balik JB dan akhirnyer aku ambik juga kasut tu. Aku try test jalan-jalan kat UTM masa konvo. SAKIT GILER BODO! Melecet jari kaki aku sebab sepanjang hari tu dok berjalan jer. Mana tak sakit. Tapi time ambik gambar boleh pulak control cun. Ekeke. Biasa la.
Aku tak leh pakai kasut nie dengan stokin sebab mudah tercabut. Dia tak de support kat belakang so kena la tahan sakit melecet tu.
Aku hanya boleh pakai kasut nie waktu yang tak panas macam waktu malam. Waktu tu jer yang sesuai dan tak sakit dan tak melecet jari kaki.
Satu benda lagi yang aku tak suka pasal kasut aku yang nie ialah aku tak suka bunyi 'keletak keletuk keletak' time aku berjalan. Aku rasa macam semua orang tengah tengok aku jer.
Kasut nombor 6 aku beli kat Jusco Puchong sekali dengan kasut getah warna hitam dengan selipar tu. Masa tu ada dua kaler, satu yang putih dan satu yang warna pink. Aku nak sangat yang warna pink tu tapi roommate aku cakap baik beli yang warna putih sebab boleh sesuaikan dengan semua warna baju, so aku beli la yang warna putih.
Kasut nie pun serap haba juga tapi tak la seteruk yang warna hitam tu. Yang nie memang sesuai buat jalan-jalan atau gi kelas waktu panas sebab dia ada banyak lubang. Cute lak tu. Memang antara yang favourite. Tapi yang paling tak sukanyer bila hujan. Kalo ada lopak tu memang benci sangat. Senang kotor. Tapi senang dibersihkan sebab dia plastik campur getah. Memang best.
Nie la kasut yang paling aku suka! Walaupun jari kaki aku melecet sebab kasut nie, tapi sebab comel, aku sayang sesangat kasut nie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huh ptuih!!!!
ReplyDeletetu pun nak bangga???