Wednesday, April 29, 2009

Shela Ramli I lap you <3



Teka sape nie? Of course la korang tak tau sape minah niew! Dia nie la best friend aku masa kat Sekolah Selesa Jaya dulu. Nama dia Shela Ramli :D :D :D Nie gambar terbaru dia, dia kata gambar nie masa raya puasa tahun lepas. Bukan main make up tebal :p Aku yang lawa pun tak de la nak mekap setebal tu.

Aku masih lagi berhubungan dengan minah nie walaupun pas aku pindah sekolah ikut umi tahun 2006 :) Tahun SPM tu la umi nak pindah T3T Serba salah gak nak pindah masa tu tapi daripada aku menyusahkan umi nak kena ulang-alik pegi 2 sekolah tu, baik aku pindah jer.

Dia tak sambung pelajaran kat mana-mana sebab tak cukup duit so dia start keje. Dulu kat sekolah dia selalu cakap dia nak jadi doctor so dia pun la amik subjek bio. Sayangnyer, dia tak mo sambung belajar ae. Haih. Dia penah dapat offer yang sama dengan aku tapi financial support tak mengizinkan, nak buat macam mana ye tak. Dah la IPTS lak tu.

Ayah dia meninggal dalam setahun sebulan lebih awal dari ayah aku. Aku selalu cakap kat dia aku nak datang ziarah tapi mesti ada benda menghalang. Adeh. Shela cakap ayah dia mati mati tetiba. Sakit jantung kat ofis dia. Allah betul-betul sayangkan dia dan ayah aku kan.

Masa kat sekolah kitorang memang rapat X3 Pegi mana-mana pun sama-sama. Dengan A'an, dengan Alun, dengan ramai lagi la geng kitorang masa tu. Masa tu dia minat sangat dengan artis bollywood. Paling dia suka masa tu Hrithik Roshan. Lol. Setiap kali aku tengok Hrithik Roshan, memang aku teringat kt minah tu.

Dia memang suka kaler purple. Beg warna purple, pencil warna purple, tudung dengan baju sekolah dia ada sikit warna purple, entah macam mana dia buat entah, pembalut buku warna purple. Memang gila purple la minah nie. Aku pulak macam pasangan dia, aku gila warna hijau masa tu. Ekekeke. Memang ada jodoh tol kitorang niew.

Kalo time kelas ganti atau cikgu takde, memang mulut kitorang tak leh berenti bercakap. Pot pet pot pet. Macam la kelas tu kitorang yang punyer wakakakaka

Gambar yang kat atas dia bagi kat handphone roommate aku sebab aku tak handphone yang ada MMS. Sebelum tu dia call aku sebab dia dapat tahu ayah aku meninggal awal bulan tiga hari tu. Mak aku la punyer mulut nie. Shela cakap mak aku pegi kedai makan family A'an pastu dia bagitau la kt A'an pasal berita tu pastu A'an bagitau kat Shela. Hampeh. Cadangnyer aku tak mau kasi tau pun. Kepoh la pulak mak aku niew.

Anyway, aku pun memang rindu sangat kat Shela so kitorang berbual panjang pasal macam-macam.

Untuk memudahkan keje menghantar gambar nanti, aku pun beli la handphone dari roommate aku. Kebetulan pulak dia nak jual so aku pun beli la. Akhirnyer aku ada handphone bergambar ngeh ngeh ngeh. Kualiti dia tak lah yang terbaik tapi ini lagi baik daripada langsung tak de.

Aku ingat nak jumpa la dia kat mana-mana bila ada masa nanti, kat umah dia ke, umah ke, kat shopping complex ke, pastu amik gambar sama-sama buat kenang-kenangan. Pastu aku nak scan gambar sekolah sekali, letak kat Fotopages aku. Kang hilang gambar kang susah lak.

Kalo boleh, nak cari balik alamat dengan nombor telephone kawan-kawan lain :) Dah lama lost contact. Entah kat mana diorang sekarang.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...