Bayangkan.
Parents korang cakap Kelantan from the first day you were born. Makan, speaking Kelantan. Marah, speaking Kelantan. Ceramah, speaking Kelantan. Nasihat, speaking Kelantan. Senang cepat, all the time speaking Kelantan. Walaupun korang duduk Johor sedekad.
Satu hari, korang dapat tawaran belajar ke Kedah. Korang pegi la Kedah.
2 bulan kemudian, korang speaking Kedah la pulak.
Itu la situasi adik pompuan aku skang. Yang herannya, dari kecik sampai la time dia ke Kedah, tak lak dia nak speaking Kelantan. Kenapa sekarang, selepas beberapa bulan dok Kedah, keluar perkataan "sat", "pi", "habaq" dan "mai"?
Tak ke pelik tu.
Aku bukan apa. Bayangkan. Kakaknya cakap Kelantan, adiknya cakap Kedah. Orang ingat kita nie bukan adik-beradik. Macam kawan se-universiti ada la. Padahal adik-beradik kamceng.
Heran.
Hilang sudah bahasa Melayu biasa yang dia selalu pakai dari kecik sampai la time dia sambung belajar.
Dialek oh dialek
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?