Monday, October 12, 2009

Konsert Kesenian Amal Aidilfitri: Irama Sufi Mencorak Rohani

It was Thursday, malam Jumaat, 8th of October.

Aku sepatutnya siapkan assignment, tapi aku mengada-ngada nak gi konsert nasyid tu. Sebab apa, tak tau la. Nak escape dari keje kot.

Cuba teka saper yang menyanyi kat konsert tu?

UNIC, Mestica dengan Destiny beb c: Jangan tak caya. Sanggup diorang redah masuk hutan semata-mata nak menjayakan program nie ahaks.

Yang aku tak sangkanyer, roommate aku pun satu kepala dengan aku, nak gi tengok UNIC XD haha. Dia mintak aku belikan tiket selepas aku bagi tau dia aku beli dari classmate aku sendiri. Alhamdullillah rezeki dia murah hari tu sebab tiket masih ada. Gembira sakan dia bila aku kasi dia tiket tu. Macam tak caya dapat gi konsert jumpa UNIC. Adoi la Lisa, Lisa.

Ingat nak gi sekali dengan Farah, tapi Lisa kata baik kita gi dulu, takut tak dapat seat depan. So, selepas aku mandi dan pakai baju jubah aku, aku call Farah, cakap aku gi dulu dengan Lisa.

Kak Syam dah gi dulu dengan kawan dia.

Sampai dewan utama dalam pukul 7.50 malam. Tak ramai lagi tapi ada yang dah masuk dewan dah. Sebelum masuk dewan, kena bagi tiket kat orang yang bertugas. Dia koyakkan bahagian nombor pada tiket untuk cabutan bertuah pas tu dia kasi artikel agama dan majalah Milena free. Lisa dengan aku pun masuk la dalam dewan dan dok sebelah Kak Syam.

Sebelum acara bermula, kita tiga orang pakat amik gambar hehe. Kenang-kenangan la kononnyer.

Farah datang lambat sangat. Tempat duduk depan dah penuh.

Aku nampak Wawa dengan Dayah. Tapi Farah tak sampai lagi. Dalam 5 minit gitu, baru dia sampai. Tu pun kena dok belakang la sikit. Tu la, lambat sangat.

Acara dimulakan dengan dendangan lagu dari kumpulan nasyid UNISEL ehehe. Tapi bagus gak diorang nie. Ada bakat, leh buat kumpulan sendiri c: Harumkan nama UNISEL. Yang tak leh blahnyer, ada la satu mamat sehat nie kononnyer nak tunjuk terror, tapi pitch dia lari masa tengah nyanyi. Haha aku lak leh gelak dengan Lisa. Sian mamat tu ekeke

Pas diorang abis nyanyi, kena tunggu VIP lak. Aku cakap kat Lisa "Weh, kita bayar RM5 bukan untuk tunggu VIP ler, nak tengok UNIC" Lisa cakap "sabar jer la"

Beberapa minit kemudian, VIP tu pun datang. Nasib baik mak cik tu cantik, kalau tak ...

Pas tu start la acara yang paling aku tak suka. Ucapan. Entah berapa lama entah mak cik tu berucap. Sabo jer la. Nasib baik ada majalah free tadi. So aku dengan Kak Syam dengan Lisa baca la majalah tu sepanjang ucapan dia yang panjang lebar.

Tapikan yang lawaknyer, dia tersilap cakap yang kumpulan nasyid UNISEL tadi sebagai UNIC. Kah kah kah. Peminat UNIC kot mak cik tu.

After some time, dia pun merasmikan la Konsert Amal Aidilfitri. Alhamdullillah. Majlis macam biasa dimulakan dengan bacaan doa.

Pas tu ada unexpected guest appearance beb. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin, juara Akademi Al-Quran 3 datang untuk baca al-quran! Ah, jatuh cinta aku sekejap. Ramai la yang nak amik gambar mamat tu, sampai aku kena jadi tukang amik gambar untuk kamera orang lain. Banyak juga peminat dia nie.

Pas tu baru la start konsert!

Dimulakan dengan kumpulan Destiny. Semua anggota pakai T-shirt pink haha. Yang tak le bla nyer ada sorang nama dia Rozy (tak tau nak eja) macam Rosy/Rose jer. Kebetulan lak baju warna pink haha. Memula diorang kuar, aku tak perasan ada pasangan kembar until diorang mention yang ada kembar dalam group tu. After nyanyi 2 lagu, kitorang dikejutkan dengan tarian singa yang dipersembahkan oleh group Chinese of UNISEL (tak ingat nama kumpulan tu apa) . Amboih. One Malaysia btol nieh. Comel giler 'singa-singa' tu 8D Rasa macam nak pegang jer ehehe.

Pastu kumpulan Mestica lak, all-black. Yang nie memang best sesangat :3 Lagu-lagu familiar macam Destinasi Cinta, Rahmat Ujian dan Puteriku Sayang (nie lagu Hijjaz asalnyer) yang selalu aku dengar dan sangatku sukai dinyanyikan. Memang masyuk lah orang kata. Tapi Puteriku Sayang versi Hijjaz tetap yang the best sebab dari kecik aku dengar yang tu jer.

Aku ingat lagi lawak dari diorang malam tu. Diorang cakap kalau diorang tak mewah macam sekarang, tak denyer badan diorang 'sehat'. Haha Kak Syam perasan yang gambar dalam banner diorang kurus tapi live punyer orang gemok XD Memang patut pun. Tu gambar masa bila entah. Lama sangat.

Rahmat Ujian lah lagu feveret from this group


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



Okay, okay sambung balik citer. Pas diorang nyanyi, tarian India lak. Dah lupa apa nama tarian tu. Best giler.

Pastu cabutan bertuah lak. Diroang call out 10 nombor. Aku punyer la excited nak dapat hadiah, alih-alih tak dapat langsung. Yang dapat, adik Lisa. Bukan Lisa. ADIK DIA.

Tak pe la. Tak de rezeki kot.

Pas tu~~~!!!!!

Lisa dengan aku la orang yang paling excited sekali biler time UNIC nak nyanyi. Bila diumumkan kedatangan UNIC, kitorang tak nampak diorang kuar kat stage, so kitorang pun tengok la sekeliling sebab abang-abang Mestica cakap UNIC nak buat gimik apa entah.

Rupanya budak-budak UNIC datang dari pintu utama, pintu yang audience masuk tadi. Pergh. Gimik la konon. Suspen tol. Nasib baik la korang dressing smart. Baju dan pants putih, shirt dalam warna biru. Memang smart. Yang pompuan la yang tak leh handle, boleh lak menjerit. Terajang kang.

Memula diorang nyanyi lagu medley, 4 lagu sekaligus. Masa tu la Lisa mintak aku rakam video dengan handphone dia. Lebih kurang 7 minit kot, ye la, diorang nyanyi lagu medley 4 buah campur terus. Sakit giler tangan kena angkat.

"Sabar ek"

Banyak la ko punyer sabar Lisa, aku yang kena angkat tangan, bukan hang. Adoi. Nasib baik aku sayang kat ko. Kalau tak ...

Habis jer medley, terus aku turunkan tangan dan urut tangan tu, adoi la. Pandai Lisa pujuk, urutkan tangan aku sekali.

Diorang ucap la salam and introduce and everything. Pastu nyanyi lagu lagi. Lagu apa?

UNIC: Di hati ini ...
Audience (Pompuan mostly): HANYA TUHAN YANG TAHU! XD

Pastu diorang mintak 2 orang audience lelaki volunteer naik pentas untuk berkenalan. Ada la 2 orang pelajar UNISEL berani naik pentas, sorang yang dari kumpulan nasyid UNISEL yang mula-mula nyanyi tadi.

Yang tak leh blanyer, mamat tu amik PraSekolah rupanyer XD Amboih. Pas tu UNIC tanya la umo dia baper, dia cakap 20. Pergh. Sebaya aku rupanyer. Muka macam dah 25 tahun (bukan perli, betul nie). Pastu yang lagi sorang tu tinggi lampai, amik engineering ker hapa, tak ingat, dia cakap umo 18! o_o I was like "haaaaaaaaa??????" D8 MUDA BANGET!

Pas tu diorang buat singing competition lak. Budak UNISEL dua orang tu dicouplekan dengan satu anggota UNIC dan diorang kena pilih nama kumpulan dan nyanyikan lagu dari mana-mana kumpulan nasyid yang diorang tahu.

Kumpulan 1st (mamat 20 tahun tadi) punyer la eksyen introduce kumpulan diorang, cakap nama nie menunjukkan kegagahan dan kelakian dan entah apa-apa hapa, pas tu cakap nama kumpulan diorang 'MELOR'. Hampeh.

Kumpulan 2nd lak amik nama 'CEKODOK'. Pas tu ada lak sorang anggota UNIC buat lawak, sorang nama CEK dan yang mamat 18 tahun tadi nama KODOK XD Jahat giler.

Pastu diorang pun start la nyanyi. Of course la mamat yang first tu sedap nyanyian dia, kalau tak kenapa dia nyanyi untuk kumpulan nasyid UNISEL tadi ye tak.

Pas dia, mamat yang lagi sorang. Yang nie memang kodok ar. Ramai gak yang tergelak masa dia nyanyi lagu In-Team (tak ingat lagu apa). Tapi yang tak bestnyer, audience undi dia. Kesiannyer mamat yang first tadi.

Yang tak bestnyer lagi, diorang dapat CD UNIC percuma! Pergh. Tak adil tol. Lisa dengan aku dah membebel dah kat tempat duduk kitorang. Sedih sangat. Tak pe laaaaa ... tak de rezeki kot :c

Pas tu nyanyi lagi. Dah lupa lagu apa.

Pas tu acara kasi cenderahati kat VIP dan sebagainyer.

Pas tu semua anggota Destiny, Mestica (kecuali sorang mamat) dan UNIC akhiri majlis tu dengan nyanyian lagu raya. Tajuk dia Zapin Aidilfitri ke hapa. Apa lagi. Lisa suh aku rakam. ARRRGGGHHHH. Nasib baik lagu tu best. Dengan aku-aku sekali nyanyi.

~~ Selamat Hari Raya ~~ Selamat Hari Raya ~~~

Alhamdullillah, habis 4 jam dok konsert tu. Berbaloi sangat walaupun assignment kena hantar keesokan harinya haha.

Yang tak bestnyer, tak dapat ambik gambar dengan UNIC :c aku, Lisa dengan Kak Syam kempunan. Tak pe la. Tak de jodoh kot adeh.

Puas la juga dapat tengok live cx lol

Pukul 12 malam, kitorang pun balik asrama.

Habis citer.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...