Sunday, July 10, 2011

Al-Kisah ...

Apesal malas beno nak update blog, cik Iman? Kenapa cik Iman mendiamkan diri, cik Iman? Menyepikan dan meminggirkan blog anda cik Iman? Malasnyer la.

Alalalaaaaa sayang blog, cayang alalalala jangan la majuk alahai.

Apa yang cik Iman buat selama 2 bulan nie? Tak dok gapo eh.

Ada la satu time tu Umi suh cik Iman buat banner untuk rumah hijau dia untuk hari sukan. Amboih, tau la dia dah jadi cikgu pendidikan seni sementara. Tetiba lak aku terjebak dalam aktiviti nie.

So aku pun buat la kan, tu pun Umi gak kasi idea. Aku bab-bab nie la yang aku malas hehe. Tapi jangan tak tau, Umi lagi kreatif dari cik Iman sorang nie haaaa. Jangan memain weh. Umi saya tu.

Dah siap banner, Umi suh cik Iman pi hari Sukan tu, tolong sorang cikgu nie meniaga. Of course la aku tak nak kan, panas kot. Tapi Umi dengan nadanya, mana leh cik Iman lawan. So aku pun pegi la.

Hair Sukan nie diadakan kat stadium sebab padang sekolah diorang kecik. Best giler la hari tu, walaupun sikit yang datang. Rasa macam nak ketawa pun ada. Tak leh nak banding dengan sekolah yang aku penah gi.

Cik Iman pi la jadi peniaga sementara, jual makanan macam piza, biskut, coklat, mentos, keropok, kacang dan air.

Nasib baik baik cik Iman dapat tengok acara semua sebab booth pun depan padang jer wakaka.

Perkara yang paling cik Iman suka ialah part bila acara perarakan tu lalu depan pengetua dan VIP, maskot rumah hijau, ninja turtle buat persembahan lawan-lawan. Alahai comelnyer. Tapi diorang tak menang Maskot Terbaik, dapat nombor 2 jer. Kalah dek Sotong Biru menari tu. Macam best sangat la kan.

Okay la, cik Iman tak de menda nak citer sangat. Nak menaip pun malas. Jumpa lain kali, bai bai.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...