Tipulah kalau Cik Iman cakap Cik Iman tak jealous tengok kawan sebaya dah ada anak sorang dua.
Sumer yang baru kawen dan dah kawen lama suatu ketika dulu pakat letak gambar kawen yang boleh kata nak melawan time Siti Nurhaliza dengan time Mawi kawen dulu. Yang dah ada anak, apa lagi, satu album tu khas untuk anak dia jer. Ye la, Facebook dia. Bukannyer salah pun kan. Dia nak letak anak dia dalam buaian ke, anak dia tengah mandi ke, anak dia pakai baju ke hapa, ikut suka hati dia la kan.
Lagi bagus dari letak gambar tak senonoh kan? Kan? Kan?
"Cik Iman jealous ek??" Memang ler. Engkau pehal. Ko jaga anak ko lagi bagus daripada layan Cik Iman yang bujang trang tang tang yang tak de pengalaman langsung nie.
"Cik Iman, cepat la kawen!" Tak pepasal mak bapak budak tu suh kawen cepat-cepat.
"Best ada suami, ada anak nie, rugi tak kawen skang"
Ikut suka hati Cik Iman la nak kawen biler, ko pehal. Tau la pas habis sekolah tu ko terus kawen, tak leh nak sabo, pastu ada anak dua tiga berbaris kan. Alhamdullillah la Cik Iman ucapkan untuk kamu. Allah dah bagi rezeki yang sempurna.
Ada jodoh nanti Cik Iman kawen la. Tok sah suh orang kawen. Ko kawen, suka hati ko la.
Tension la cakap dengan orang dah ada anak nie, macam la dia sorang ada anak kat dunia nie. Please la weh.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?