Thursday, December 6, 2012

Ran Online

Cik Iman pernah buat satu post tentang online game yang Cik Iman suka main satu ketika dahulu sebelum Cik Iman start masuk universiti, entry tahun 2009.

Baru tahun nie Cik Iman aktif balik main game nie. Tak tau la apasal tetiba rasa nak main. Ingatkan nak tengok la apa yang jadi kat game tu skang. Memang banyak yang berubah. Sekali ter-addicted balik. Hampeh tol.


Masa Cik Iman tinggalkan character nie, dia level 102. 4-5 tahun stay lagi level tu. Tak pernah naik. Sebab Cik Iman busy dengan study atau pun tak ingat langsung atau pun tak minat kot time tu.

Ada la satu masa Cik Iman main private server punya kat dalam hostel dulu. Best memang best sebab lagi senang main daripada yang original punya tapi lama-lama boring pulak.

Time Cik Iman tulis, level dia sekarang dah masuk 173 dah. Sekarang nie berhenti leveling sebab final project banyak yang tak siap haha. Nie pas nie, Cik Iman ingat nak leveling character yang adik Cik Iman punya sekali. Dia dah tak main dah Ran Online, so dia bagi account dia kat Cik Iman.


Dia cakap la kalau nak jual barang sume dalam account tu, nak delete ke hapa, buat la. Dah memang dia tak main dah. Memula tu memang Cik Iman ingat nak delete, tapi rasa sayang lak. Dah level 117 kot. Sesuka hati jer delete. Hari nie Cik Iman ada la leveling kan sikit, dah masuk level 118. Satu level pun susah kot. Sebab character lama tak de alat bantuan leveling, kena leveling cara susah ler maksudnya. Tapi Cik Iman dah biasa dah leveling cara susah nie dengan character Cik Iman. (Update: Dah level 120 dah yay)


(Hencem tol character Cik Iman yang sorang nie kan hehe. Tetiba lak Cik Iman sayang bebeno kat character nie padahal Cik Iman payah beno nak main character lain selain yang Cik Iman punya)

Memang la kita nak naik level cepat-cepat, tapi cuba tengok kes private server. Cepat sangat habis quota level, pas tu nak buat apa? Kan?

Kita enjoy la masa yang kita habiskan kat dalam online game tu, macam jumpa kawan baru ke, buat aktiviti yang entah hapa-hapa entah. Kadang-kadang tu tak mustahil kalau jumpa jodoh kat online game nie. Bukannya Cik Iman galakkan tapi ikut selera korang la kan. Tapi jangan pulak korang paksa orang kat dalam game tu nak berkenalan bila diorang tak nak. Respect la sume orang. Orang datang nak main kot.



Asalnya rambut kitorang bukan warna hijau dengan biru. Rambut asalnya warna perang, kelabu, kuning dan oren. Yang warna tu sebab kitorang beli kat website dia haha. Adik Cik Iman suka warna biru so tu sebab warna character dia warna biru. Cik Iman lak suka hijau (time tu la, sekarang Cik Iman suka pink).

Pas nie Cik Iman ingat nak beli motor untuk character Cik Iman. Tapi kena tunggu la duit masuk dompet dulu haha. Kalau dah addicted tu, memang semua benda sanggup buat haha. Apasal Cik Iman main balik game nie adoi.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...