Showing posts with label surat cinta melayang buatmu. Show all posts
Showing posts with label surat cinta melayang buatmu. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Surat Terbuka

Ke hadapan pengempen produk mekap. Boleh tak ...


korang


berhenti


guna


model


yang


memang 


dah


sempurna


kulitnya?

Apa korang ingat semua perempuan kat Malaysia nie putih melepak dan tak de jerawat atau masalah kulit muka yang lain? Red spot, black spot mana?

Nak jual barang tolong la jadi realistik sikit. Bagi tunjuk jerawat ke, parut ke kat muka model tu baru promote macam mana produk korang leh tutup semua tu.

---------------------

Thursday, November 27, 2014

Surat Cinta Melayang BuatMu 3

Ingat tak pembantu kedai yang ikut Cik Iman kat belakang setiap kali Cik Iman tengok-tengok kedai diorang? Tadi Cik Iman bawak Iman Jr dengan adik Cik Iman gi sana nak gi barang sambil test tengok pembantu tu ikut kitorang tak. Memang betul dia ikut kitorang. Dari belakang kedai sampai ke tingkat 2 kedai dia ikut. Cis. Panas sungguh hati Cik Iman nie. Terus kasi komplen kat web diorang. Cik Iman guna bahasa Inggeris sebab kalau Cik Iman bahasa Melayu, Cik Iman banyak mencarut. So guna bahasa Inggeris sopan sikit ekekeke

Ini dia surat cinta yang Cik Iman tulis untuk kedai tu:
"This is more to complaining than actually enquiring anything from you. I wish your staff would stop following me every time I look around at your shop. I came to your shop quite a few times and the same staff keep following my back as if I want to steal stuff. As a matter of fact, I recently brought with me my daughter and sister and still this staff followed us around. It's annoying. We know it's your shop and you can do whatever you want, but it's scaring off customers.  
We want to buy stuff and of course we look around for awhile. Do we look like we're gonna steal anything? Maybe you think we can hide stuff under our tudung labuh. I'd admit, I would hide things in my tudung labuh but definitely not breast pumps, baby bottles and more. I'm sorry if someone did steal anything from your shop but it is still not the right way to avoid people stealing stuff. 
You're lucky I still want to come back. I know me not shopping in your shop won't affect your income but if you do this to all of your customers, don't ask why you're not doing as well as the other shops (will not mention which shop but you know which ones I'm talking about) 
All I'm saying is you can do whatever you want to make your items safe but please don't make it so obvious. I felt like slapping your staff immediately when I see them exactly 10 seconds behind my back after I walked into the shop. Seriously? I paid for everything and for my next visit, you still do this to me. You should have recognized me by now but of course no one should trust customers, right?"
Pedulik apa Cik Iman. Orang bayar kot. Mana ada curik apa-apa atau sembunyikan barang dalam tudung Cik Iman. Tension tol. Nasib baik tak kena lempang pembantu kedai tu. Agak-agak dengan manager-manager sekali kena.

---------------------------

Wednesday, November 5, 2014

Surat Cinta Melayang Buatmu 2

Kepada Blogger yang tinggalkan URL kat chatbox orang tapi blog dia sendiri tak de chatbox. Korang nak orang gi blog korang tapi tak nak orang tinggalkan URL kat tempat korang? 

Korang memang kejam. 

--------------------

Wednesday, October 29, 2014

Surat Cinta Melayang Buatmu

Ke hadapan pembantu kedai jual barang bayi yang Cik Iman pegi tadi.

Muka Cik Iman nampak macam nak rompak kedai ke? Cik Iman nak tengok-tengok barang dalam kedai pun dok ikut Cik Iman kat belakang apakehal. Tahu la muka Cik Iman nie tak sesuci Siti Nurhaliza (cait nak banding dengan dia buat apa) tapi Cik Iman takkan sesekali curik barang dari kedai (kecuali ada satu kali tu masa kecik dulu, tapi tu masa kecik kot, dah insaf dah pun)

Padahal ramai lagi pelanggan lain kat dalam kedai tu, dok ikut Cik Iman buat apa. Mentang-mentang la Cik Iman tengah pegang spare part valve Unimom Mezzo kat tangan, ingat Cik Iman nak curik ke benda kecik tu. Baju dengan seluar Cik Iman tak de poket pun. Bawak dompet je kot. Takkan nak letak dalam baju dalam kot, seluar dalam kot. Gilo. Cik Iman usha satu kedai tu, dia ikut lagi. Stalker ke hapa.

Nak je Cik Iman cakap "dah la gemuk, pastu pike bukan-bukan pasal pelanggan", tak baik pulak cakap pasal badan orang. Tak de kena-mengena pun. Bak kata orang Inggeris, don't judge a book by it's cover, ceh. Tapi dia pun satu, don't judge Cik Iman by her clothes tau. Tudung labuh, baju labuh, jangan pike ustazah. Tapi pike Cik Iman nie pencuri lagi la salah.

Last-last, tak jadi beli spare part Unimom Mezzo tu sebab macam tak sama. Cik Iman gi beli puting Pigeon dengan botol Fiffy yang ada handle (mula-mula tu nak beli Tommee Tippee punya tapi botol Tommee Tippee yang Cik Iman beli hari tu pun jarang guna so nampak membazir sangat)


Puting botol jenama Pigeon. 3 bijik RM7


Cik Iman beli yang 5oz punya. RM5.90. Beli sebab nak ajar Iman Jr pegang botol (kononnya)

Nak bagi amaran kat pembantu kedai tu. Kalau kamu buat gak benda nie pada pelanggan, kamu ingat ada ke orang nak gi kedai kamu lagi? Pike la sikit. Nak elak kecurian, bukan gitu caranya. Lagi menyebabkan pelanggan rasa tak selesa ada la. Jangan rasa pelik kalau pelanggan tak nak datang kedai dah sebab kamu. 

Lu pike la sendiri.

Note: Selepas kejadian, Cik Iman pegi kedai lain, tak de jual spare part Unimom Mezzo. Adui. Pastu siap-siap nak gi beli Medela Harmony, dah abis stock. Arom. Tapi masa kat kedai tadi macam berminat nak try Lacte Solo. Tapi tak beli sebab tak serasi. Review pasal model nie pun tak banyak lagi. Ades. Duit ada je tapi tak tau nak beli ke tak. 

-----------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...